- Back to Home »
- Health »
- Adakah Rokok Elektronik Selamat?(Menarik!)
Posted by : Jobseekers
Khamis, 21 Februari 2013
Adakah Rokok Elektronik Selamat? (Menarik!) | Rokok Elektronik kini menjadi bagai satu fenomena di Malaysia. Jika kita berkunjung ke mana-mana, ada sahaja yang sedang menggunakan rokok elektronik ini. Tidak cukup itu lagi, aksesori seperti perasa juga turut dibawa. Timbul satu persoalan adakah rokok elektronik ini turut berbahaya seperti rokok sebenar yang lain? Ada juga yang melarang agar ia dijauhkan seperti rokok sebenar. Jom ikuti beberapa pendapat di bawah ini.
Adakah vaping/rokok elektronik selamat?
1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”
5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”