Posted by : Jobseekers Rabu, 9 Januari 2013







Selepas memperkenalkan model Proton Exora Bold CFE 1.6 CVT Premium pada penghujung Disember 2011 yang lalu, Proton Holdings Berhad kini bakal melancarkan pula versi standard model berkenaan yang masih dijana enjin berprestasi turbo CFE.

Menurut laporan akhbar Harian Metro hari ini, berbanding Exora Bold CFE Premium yang dijual pada harga sekitar RM80K, Exora Bold CFE Standard ini pula akan ditawarkan dengan harga kompetetif serendah RM69,000.00 dan RM68,500.00 sahaja.


Walaupun hanya dua warna akan ditawarkan iaitu Perak Metalik serta Putih, model MPV berkenaan masih menampilkan pelbagai ciri-ciri menarik seperti kotak gear CVT, empat brek cakera dengan ABS & EBD, dwi beg udara, kemasan luaran sporti termasuk skirting dan lampu belakang jenis ‘smoked combi’.

Menurut laporan, Proton Exora Bold CFE 1.6 CVT Standard akan dilancarkan pada hari Rabu ini bersamaan 9hb. Januari 2013, dengan tempahan untuk orang ramai kini sudah dibuka.

p/s : Harga yang cukup menarik untuk sebuah MPV dengan enjin berkuasa 138hp @ 5,000rpm & 205Nm @ 2,000-4,000rpm. Bagi saya, tak kisah kalau spesifikasi kurang sedikit, yang penting ada enjin turbo dan disc brake di keempat-empat roda. Betul-betul kereta untuk rakyat ni.

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. Harga menarik untuk sebuah MPV dengan enjin berkuasa 138hp @ 5,000rpm & 205Nm @ 2,000-4,000rpm. x kisah kalau spesifikasi kurang sedikit, yang penting ada enjin turbo dan disc brake, walaupun cuma dua warna akan ditawarkan iaitu Perak Metalik serta Putih, tapimasih menampilkan pelbagai ciri-ciri menarik seperti kotak gear CVT, empat brek cakera dengan ABS & EBD, dwi beg udara, kemasan luaran sporti termasuk skirting dan lampu belakang jenis ‘smoked combi’.kalu mok cik ada duit gak bulih tambaoh gapo hok tak dok tu.... ad

    BalasPadam

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -