Posted by : Jobseekers Khamis, 11 April 2013


Subaru of America, Inc. mengumumkan ketibaan sebuah model konsep terbaharu bagi jentera berprestasi tinggi yang cukup dikenali ramai – Subaru WRX Concept. Rekaan model konsep tersebut memberikan petunjuk mengenai hala tuju ‘design language’ generasi akan datang WRX.






Selari dengan rekaan badannya yang tegap dan menonjol ialah kehadiran penjana kuasa bercas turbo dengan sistem cengkaman mantap AWD. Model konsep itu menggabungkan beberapa kelebihan WRX yang sebelum ini terkenal dengan sistem pengendaliannya yang tangkas dan tepat, dibuktikan melalui sukan rali berprestij dunia.


Bagi meningkatkan lagi dinamik pengendaliannya, Subaru WRX Concept menampilkan bumbung yang diperbuat daripada bahan ‘carbon-fiber’ bagi menambahbaik kerendahan pusat graviti sedia adanya termasuk mengurangkan berat keseluruhan.

Selain itu warna baharu diperkenalkan untuk model konsep berkenaan, “WR Blue Pearl III”, memberikan citarasa lebih moden untuk penampilan ikonik WRX. Subaru WRX Concept kini dipamerkan di New York International Auto Show 2013 yang bermula dari 29 Mac sehingga 7 April.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -