Posted by : Jobseekers Khamis, 5 September 2013

Yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Akhirnya Honda Accord 2013 serba baru telah pun dilancarkan di Malaysia semalam. Dengan harga bermula pada RM139,800 (di atas jalan dengan insurans), Honda melancarkan 3 varian untuk pilihan pemandu Malaysia.
1. Honda Accord 2.0VTi: RM139,800
2. Honda Accord 2.0VTi-L: RM149,800
3. Honda Accord 2.4VTi-L: RM172,800
Harga varian 2.0VTi adalah lebih murah RM3,000 berbanding dengan model Honda Accord sebelum ini. Model-model ini kesemuanya dipasang di kilang Honda di Pegoh, Melaka.
Menariknya kali ini, Honda menawarkan jaminan 5 tahun tanpa had jarak perjalanan kepada pembeli-pembeli Accord. 6 servis percuma sehingga 100,000km akan turut diberikan (diselangselikan dengan servis berbayar). Tempoh masa servis ialah setiap 6 bulan atau 10,000km.

 Honda Malaysia mensasarkan jualan sebanyak 2,800 unit untuk tahun 2013 ini, sekaligus memegang pasaran sebanyak 30 peratus untuk segment D kereta luar. Nantikan informasi lebih mendalam mengenai Honda Accord 2013 serba baharu ini sebentar lagi. Buat masa ini, kongsikan pendapat anda mengenai model Accord terbaru ini.

Gambar :


 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -