- Back to Home »
- Honda »
- Mugen For Vezzel
Posted by : Jobseekers
Selasa, 17 Disember 2013
Honda Vezel merupakan sebuah crossover berdasarkan Honda Fit (dikenali sebagai Honda Jazz di Malaysia).
Vezel baru sahaja diperkenalkan pada bulan lepas di Pameran Motor Tokyo (Tokyo Motor Show), Mugen sudahpun kelihatan bersedia untuk menceriakan dan menambahkan lagi sporty model crossover tersebut. Versi standard Honda Vezel bakal berada di pasaran (Jepun) bermula 20 Disember.
Dari gambar katalog yang tertiris, dapat dilihat gril hadapan berwarna kelabu, spoiler di bumbung belakang, reka bentuk rim aloi berbeza, paip exhaust serta bodykit hadapan, sisi dan belakang yang agresif. Model di dalam katalog ini merupakan versi 4WD yang dilengkapi dengan enjin petrol 1.5-liter pancutan-terus.
Menurut media di Jepun, sekarang sudah terdapat senarai menunggu sehingga tiga bulan bagi yang telah membuat tempahan untuk model Vezel, yang mana model ini turut digambarkan oleh Honda sebagai “menawarkan keanggunan sebuah coupe, mempunyai fungsi sebagai minivan serta mempunyai kualiti sebuah SUV“.
Versi standard pun sudah mampu membuatkan seseorang terkesima, inikan pula dengan penambahan pakej Mugen, yang memang sudah terkenal dengan pengalaman menyediakan pakej kit yang terbaik untuk model-model Honda terdahulu. Pasti anggun!!