Posted by : Jobseekers Jumaat, 18 September 2015


KUALA LUMPUR: Seorang jemaah bertindak menampar imam ketika Solat Jumaat sedang dijalankan di Masjid Negara.

Salah seorang pengguna media sosial Facebook yang kebetulan berada di Masjid ketika itu mengatakan :

Afiq Sazlan

Rasa teruja apabila imam solat Jumaat di Masjid Negara baca permulaan surah Al Ankabut yang sudah dihafal.
Bila imam masuk ayat kelima, suaranya hilang. Bunyi mic jatuh ke atas karpet.
Diam. Lama.
Saya dan makmum lain di bahagian luar setia menantikan 'Allahu Akbar' agar kami boleh turut rukuk.
Tiba-tiba, "Diammmm! Arghhh!"
Suara pergelutan sipi-sipi tiba di telinga.
Apa yang berlaku? Imam diserangkah? Kes seperti Umar Al-Khattabkah?
Tapi kami masih setia berdiri. Cuba untuk khusyuk.
Hinggalah pengumuman memenuhi ruangan masjid: "Solat semula."
Kelihatan di hadapan sana, sekumpulan manusia cuba membawa seseorang pergi daripada ruangan solat. Orang itu masih terjerit-jeritkan sesuatu.
"Allahu Akbar."
Kami angkat takbir buat kali kedua.
...
Saya tak nyatakan ini adalah apa yang sebenarnya. Saya solat di bahagian luar masjid dan ini adalah apa yang saya faham. Jika saya tersilap, maafkan saya.
Saya pun nak tahu kisah sebenar.
Pengalaman pertama takbir Solat Jumaat dua kali.

NI adalah gambar orang yang menampar Imam Negara

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -