Posted by : Jobseekers Khamis, 21 Jun 2012



GDANSK, Poland – Jurulatih Jerman, Joachim Loew, menegaskan Sepanyol kekal sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Euro 2012 ketika Jerman bersiap sedia menghadapi Greece pada saingan suku akhir esok.

Jerman yang tewas kepada Sepanyol pada final 2008, adalah satu-satunya pasukan dengan rekod 100 peratus selepas tiga kemenangan dalam Kumpulan B selain 10 kemenangan semasa pusingan kelayakan.

Selepas membelasah Ireland 4-0 dalam Kumpulan C dan seri 1-1 dengan Itali, juara dunia Sepanyol meraih tempat teratas kumpulan dengan kemenangan sukar 1-0 ke atas Croatia hasil jaringan lewat Jesus Navas pada minit ke-88.

Pasukan bimbingan Vicente del Bosque itu akan menentang Perancis pada perlawanan Sabtu ini.

Namun Loew berkata beliau tidak akan terpedaya dengan prestasi hambar La Roja itu.

“Saya sudah dua kali melihat Sepanyol bermain dan mereka ternyata hebat dengan kombinasi pemain yang ada.

“Mereka cuma mengalami nasib sama seperti beberapa pasukan lain apabila lawan hanya bertahan untuk menggugat rentak permainan,” katanya.

Jerman dan Sepanyol boleh bertemu di final 1 Julai nanti jika melepasi saingan suku akhir dan separuh akhir masing-masing. – AFP

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -