Archive for 2013

Sewa Kereta Dengan Kaedah Vending Machine


Bandar-bandar di China sedang diselimuti jerebu toksik dengan tahap pencemaran udara yang mampu memberhentikan (menutup) tempat-tempat utama kapitalis seperti Beijing. Sudah tentu , dengan pencemaran seteruk ini, ramai ingin menaiki kereta berbanding motor , tetapi ia akan menambahkan lagi kadar pencemaran . Dalam langkah menerapkan aktiviti berkongsi kereta (carsharing ) di China, Kandi Technologies Group mengatakan kenderaan kecil elektrik milik syarikatnya boleh menjadi salah satu penyelesaian masalah pencemaran di bandar Hangzhou, yang terletak kira-kira sejam perjalanan (menaiki kereta) dari Shanghai.

Kandi menghasilkan kereta elektrik kecil , yang kelihatan seperti kereta Smart , yang boleh pergi sejauh 75 batu sekali cas dan mencapai kelajuan tertinggi sehingga 50 batu sejam. Kereta-kereta elektrik Kandi ini di disimpan dalam garaj tempat letak kereta yang berupa seperti mesin penjajaan (vending machine) gergasi dan boleh disewa untuk $ 3.25 sejam. (Sila tonton klip video di bawah)

Melalui usaha samanya dengan Geely Automotive, Kandi merancang untuk membina 750 garaj seperti ini di Hangzhou dalam tempoh empat tahun akan datang. Ini akan disokong oleh kerajaan China dan usaha sama 50-50 Kandi dengan Geely Automotif. Jika rancangan ini berjalan dengan lancar di Hangzhou , model perniagaan ini boleh diperkenalkan di bandar-bandar China yang lain dan wilayah besar seperti Shanghai , Shandong dan Hainan.

Geely dan Kandi memulakan usaha sama mereka pada awal 2013 dengan pelaburan awal sebanyak satu bilion yuan (kira-kira $ 160,000,000 AS). Idea ini adalah untuk penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan pemasaran kereta elektrik, dan projek mesin layan diri/vending machine kereta ini mungkin boleh menjadi sesuatu yang popular di masa akan datang.
Selasa, 31 Disember 2013
Posted by Jobseekers

INILAH KERETA POLIS YANG PALING BAJET DI DUNIA


INILAH KERETA POLIS YANG PALING MURAH DI DUNIA | KAMI tidak tahu apa signifikannya penggunaan kereta paling murah di dunia, Tata Nano sebagai kereta polis di New Delhi.

Satu-satunya alasan yang boleh difikirkan ialah saiznya yang kecil dapat mengelakkan ia daripada tersangkut dalam kesesakan jalan raya.

Kereta polis ini turut dilengkapi dengan sistem bantuan kecemasan mobil dan digunakan untuk pencegahan jenayah terhadap wanita dan kanak-kanak.

Oh, maknanya tidak perlulah kenderaan yang pantas dan cepat untuk golongan ini?

Sebab lain yang boleh difikirkan ialah untuk meningkatkan kadar penjimatan dari segi keselamatan.

Hai, biar apapun alasan, jangan sampai penjenayah tergelak tengok polis ‘semput-semput’ mengejar mereka sudahlah.
Sabtu, 28 Disember 2013
Posted by Jobseekers

RUPA SEBENAR McDONALDS YANG ANDA TIDAK TAHU!

RUPA ASAL McDONALD SEBELUM POPULAR | McDonalds bukan nama asing sekarang ni di seluruh dunia dan sudah pasti McDonalds dikenali sebagai badut.

Ronald antara badut yang dicipta oleh Willard Scott pertama kali digunakan untuk muncul pada tahun 1963 mengiklankan restoran makanan segera nombor satu dunia ini.

Willard melakonkan watak sebagai Ronald ini selama dua tahun dari tahun 1963-1965 dan bersara menjadi Ronald.

Selepas Willard bersara, seramai 11 orang telah diambil oleh McDonalds untuk membawa watak Ronald dalam iklan mereka seluruh dunia.




Posted by Jobseekers
Tag :

Disebalik Harga Minyak Terendah di Venezuela dan akibatnya

Tidak banyak tempat di dunia di mana seseorang boleh membeli segelen minyak dengan harga beberapa sen, tetapi, buat masa ini (iya, sekarang) , Venezuela adalah salah satunya. Harga minyak telah dibekukan selama hampir dua dekad, tetapi presiden negara itu, Nicolas Maduro berkata, dia memilih untuk menaikkan harga secara beransur-ansur setiap tiga tahun untuk membantu menangani krisis ekonomi negara , menurut The Detroit News .

Harga minyak di Venezuela telah dibekukan selama hampir 20 tahun kerana ahli politik teragak-agak untuk mengulangi kesilapan kenaikan harga minyak pada tahun 1989, yang telah mencetuskan rusuhan maut. Presiden Hugo Chavez sebelum ini pernah sekali mengaku bahawa dia menderita kerana memberikan minyak kepada pemilik kereta mewah, tetapi semasa 14 tahun pemerintahan, beliau tidak berani untuk menyentuh subsidi minyak yang menggunakan sebanyak $ 12.5 bilion setahun daripada pendapatan kerajaan.

Maduro masih menguji keadaan politik di negaranya untuk melihat jika Venezuela yang ditekan oleh 54 peratus inflasi dan kejatuhan mata wang sanggup bekerja lebih sedikit untuk mengisi tangki kereta mereka.

Oil Minister Rafael Ramirez declared that having the world’s cheapest gas isn’t a record to be proud of.

Menurut The Detroit Newes, dari segi politik, inilah masa yang sesuai untuk menaikkan harga minyak Venezuela. Selepas empat pilihan raya satu tahun, rakyat Venezuela tidak dijadualkan untuk pergi mengundi sehingga lewat 2015. Ini memberikan Maduro pembukaan untuk menolak pembaharuan tidak popular yang penganalisis kata “sudah lama tertangguh”. Ditambah pula dengan penurunan nilai mata wang Venezuela, Bolivar, menghapuskan subsidi gas akan membantu menutup defisit bajet dianggarkan pada 11.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, antara yang terbesar di dunia.

Rakyat Venezuela cenderung untuk memandu kereta yang tidak cekap bahan api kerana harga minyak yang sangat murah , dan penggunaan bahan api yang dilaporkan adalah 40 kali lebih tinggi daripada mana-mana negara Amerika Latin yang lain. Lucas Davis , Pakar Tenaga dari Universiti California – Berkeley, memberikan beberapa konteks : ” Harga minyak begitu murah di Venezuela sehingga mereka membuat harga minyak di Arab Saudi dan Iran kelihatan mahal.”

Ruben Ruiz, seorang rakyat Venezuela yang memandu 1975 Ford LTD station wagon ketika ditemu bual berkata,  ”Di Venezuela, anda menghabiskan lebih banyak duit ke atas minuman keras daripada yang anda habiskan pada minyak. ” Serius?

Rancangan kerajaan Venezuela untuk menaikkan harga minyak adalah mengikut kempen Maduro untuk melabur semula sebahagian wang ke pembinaan sekolah dan rumah-rumah , tetapi kesan menaikkan harga harus mempunyai kesan positif lain di negara ini, seperti menurunkan pencemaran ( dengan angggapan rakyat Venezuela sanggup membeli kereta cekap bahan api ) dan mengurangkan perdagangan minyak pasaran gelap dan kesesakan jalan raya .

Apa yang boleh dirumuskan di sini ialah, negara yang minyhaknya murah seperti Venezuela masih menderita dari segi ekonomi. Defisit, inflasi tinggi, kejatuhan mata wang, dan banyak lagi. Klik sini untuk membaca artikel sepenuhnya oleh The Detroit News. Ia berguna untuk memberi gambaran kepada anda apa impak harga minyak murah ini dan subsidinya kepada Venezuela. Tidak nampak seindah mana, bukan?
Walaupun ianya lebih kurang RM0.05 satu liter!
Posted by Jobseekers

Selangor Halang Kenaikan 3 Buah Tol Dengan Kuasa Pegangan Saham

Selangor akan menggunakan kedudukannya sebagai pemilik saham dalam tiga syarikat konsesi lebuh raya di negeri itu untuk menghentikan kenaikan tol yang dirancang.

Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menteri besar setuju untuk mengeluarkan arahan kepada wakil kerajaan dalam syarikat konsesi untuk tidak menyokong kenaikan tol.
Ketiga-tiga lebuh raya itu, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint.

“Kami mahu berikan pesanan kepada kerajaan persekutuan, mereka boleh lakukan perkara sama dengan syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki saham dalam syarikat konsesi lebuh raya,” katanya.
Semalam, 15 lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun mengaku keputusan terakhir akan dibuat lembaga pengarah lebuh raya berkenaan dan bukan keputusan kerajaan negeri.

Kami telah arahkan ahli lembaga pengarah yang mewakili PKNS dalam syarikat konsesi membuat beberapa cadangan kepada syarikat ini untuk meminta tidak dinaikkan tol tersebut demi menjaga kepentingan rakyat.
“Kita harap perkara ini dapat dibincangkan dalam mesyuarat lembaga syarikat,” kata Khalid dalam sidang media selepas mesyuarat exco hari ini.

Ketiga-tiga lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint di mana PKNS memiliki tidak lebih 30 peratus saham di setiap satu syarikat.
Rabu, 18 Disember 2013
Posted by Jobseekers

Melaka Perkenal Bas Elektrik Mulai Januari 2014 – Idris Haron

MELAKA, 16 Dis (Bernama) — Melaka akan menggunakan bas elektrik bagi perkhidmatan bas henti-henti di bawah anak syarikat kerajaan negeri, Panorama Melaka Sdn Bhd bermula bulan depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata pada masa ini syarikat berkenaan sedang melakukan kajian peringkat akhir bagi menentukan laluan paling sesuai serta kadar tambang berpatutan bagi perkhidmatan bas elektrik yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.

Berbanding penggunaan bas diesel syarikat itu pada masa sekarang, Idris yakin perkhidmatan bas elektrik dapat menjimatkan pelbagai kos antaranya penyelengaraan dan bahan api yang sentiasa meningkat.

“Kos permulaan bas elektrik ini agak besar, tetapi saya percaya dengan penjimatan yang kita dapat dengan guna bas elektrik ini akan mendatangkan pulangan jangka panjang kepada kita,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Terdahulu beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit memandu uji sendiri bas elektrik itu di sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini yang turut disertai wartawan Bernama, pegawai kanan kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Naim Abu Bakar.

Bas elektrik itu mempunyai kelajuan maksimum 45 kilometer sejam, mampu membawa sehingga 35 penumpang dan boleh bergerak sejauh kira-kira 400 kilometer sebelum dicas semula.


Selasa, 17 Disember 2013
Posted by Jobseekers

Kos Baiki Kereta Ditenggelami Air Banjir RM2,000

KEMAMAN: Tinjauan Bernama mendapati ada bengkel yang beroperasi sehingga lewat malam bagi memastikan kenderaan pelanggan dapat dibaik pulih pada kadar segera.

Pemilik bengkel, Hashim Abdul Rahman berkata dalam situasi biasa bengkelnya menyelenggara sekitar lapan kenderaan sehari, namun kini mencecah 20 buah.

“Ada kenderaan yang ditenggelami air sepenuhnya dan ada yang hanya separuh.

Dari segi kos baik pulih pula bergantung kepada tahap kerosakan, namun lazimnya paling teruk ialah sekitar RM2,000,” katanya kepada Bernama.

Menurut Hashim, bagi memastikan pelanggannya memahami kos yang perlu ditanggung, beliau akan memberi penjelasan mengenai alat ganti yang mungkin perlu ditukar serta kosnya.

“Saya akan lihat komponen yang terlibat, jika masih elok ia tidak perlu ditukar. Kadang-kadang saya perlu mencari alat ganti kenderaan sama ada di Kuantan atau Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, pengurus pusat servis Agenda Cendana Sdn Bhd, Mohd Fadil Ahmad berkata pihaknya menawarkan diskaun kepada pemilik kenderaan Perodua yang terjejas atas dasar keprihatinan.

“Kami menawarkan potongan sehingga 50 peratus untuk upah yang dikenakan dan 20 peratus potongan bagi alat ganti yang digunakan dan harga istimewa ini hanyalah untuk pemilik kenderaan yang ditimpa musibah banjir,” katanya.

Katanya dengan diskaun itu pelanggan hanya perlu membayar sekitar RM1,200 berbanding RM2,500 bagi kenderaan yang rosak teruk dan kurang daripada RM500 bagi kenderaan yang mengalami kerosakan kecil.
“Sehingga kini, kami menerima 90 kenderaan untuk dibaik pulih dan saya jangka bilangannya akan terus meningkat,” katanya.
Posted by Jobseekers
Tag :

Mugen For Vezzel

Honda Vezel merupakan sebuah crossover berdasarkan Honda Fit (dikenali sebagai Honda Jazz di Malaysia).

Vezel baru sahaja diperkenalkan pada bulan lepas di Pameran Motor Tokyo (Tokyo Motor Show), Mugen sudahpun kelihatan bersedia untuk menceriakan dan menambahkan lagi sporty model crossover tersebut. Versi standard Honda Vezel bakal berada di pasaran (Jepun) bermula 20 Disember.

Dari gambar katalog yang tertiris, dapat dilihat gril hadapan berwarna kelabu, spoiler di bumbung belakang, reka bentuk rim aloi berbeza, paip exhaust serta  bodykit hadapan, sisi dan belakang yang agresif. Model di dalam katalog ini merupakan versi 4WD yang dilengkapi dengan enjin petrol 1.5-liter pancutan-terus.

Menurut media di Jepun, sekarang sudah terdapat senarai menunggu sehingga tiga bulan bagi yang telah membuat tempahan untuk model Vezel, yang mana model ini turut digambarkan oleh Honda sebagai “menawarkan keanggunan sebuah coupe, mempunyai fungsi sebagai minivan serta mempunyai kualiti sebuah SUV“.

Versi standard pun sudah mampu membuatkan seseorang terkesima, inikan pula dengan penambahan pakej Mugen, yang memang sudah terkenal dengan pengalaman menyediakan pakej kit yang terbaik untuk model-model Honda terdahulu. Pasti anggun!!
Posted by Jobseekers
Tag :

Kadar Baru Tol Di Kuala Lumpur Bermula Dari 1 Januari 2014

LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00

LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00

LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10

LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50

LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30

LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30

LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50

PANTAI RM1.50 TO RM2.50

DAMASARA RM1.00 TO RM1.50

KIARA RM2.00 TO RM3.00

LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM

LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90

LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3
Posted by Jobseekers

Akhirnya Proton Keluar Kereta Proton Hibrid Akhir Tahun 2014

Proton Holdings Berhad (Proton), anak syarikat DRB-HICOM, dijangka mengeluarkan kereta Proton hibrid pada akhir tahun depan.

Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata Proton, pengeluar kereta nasional, kini dalam usaha mencari jalan dan cara inovatif untuk mengeluarkan dan memasarkan kereta hibrid berkenaan.

“Kami masih lagi berusaha dengan projek itu. Kami akan menyiapkan teknologi baharu itu menjelang akhir 2014,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Proton Perdana berwajah baharu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Perdana Putraja di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khamil berkata Proton dijangka melancarkan Kenderaan Elektrik (EV) menjelang akhir tahun 2015.

“Protaip kereta EV sudah siap dan kami kini dalam peringkat percubaan untuk memastikan ia memenuhi spesifikasi tempatan,” katanya
Isnin, 16 Disember 2013
Posted by Jobseekers

We Anti-AES and say Goodbye to AES

Mungkin ramai di antara kita bernasib malang “ditembak” oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), tetapi di sudut yang lain, selain daripada penguasa, kita tahu bahawa terdapat pihak yang membuat wang dari sistem. Apa yang ingin kami nyatakan bukanlah vendor yang telah dianugerahkan projek ini tetapi untuk mereka yang menjual Pengesan AES dan juga produk-produk lain yang berkaitan dengan AES.

Antara produk-produk yang boleh didapati di pasaran adalah “Nombor Plat Anti-AES” atau juga dikenali sebagai Plat Magik (Plate Magic). Produk Taiwan ini telah mendapat sambutan hangat dan dijual seperti pisang goreng panas di facebook. Nombor Plat Anti-AES akan membantu anda mengelakkan undang-undang trafik dan mengelak daripada ditangkap oleh kamera. Bagaimana ia berfungsi? Mari saksikan klip video di bawah.



Harganya diletakkan sekitar RM400 dan pemasangan boleh dibuat sendiri (DIY )atau anda boleh melakukan pemasangan di mana-mana kedai aksesori kereta pada harga upah RM30. Alat ini agak mudah untuk dipasang, dan boleh dilakukan dalam masa kurang dari sejam, kini telah menjadi semakin panas dengan sejak akhir-akhir ini.

Seperti biasa, anda tidak disyorkan menggunakan produk ini kerana dengan “menutup” plat nombor daripada penglihatan pihak penguasa adalah suatu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika anda terperangkap menggunakan produk ini, sendiri mau ingatlah.

Maaf, kami tiada informasi tentang pembekal peranti ini. Sila google ya.^^


Sabtu, 7 Disember 2013
Posted by Jobseekers
Tag : ,

Sebab antara Korean Car Patut Dibeli-CarMD Vehicle Health Index – Hyundai Tempat Teratas, Toyota Kedua

CarMD di Amerika telah mengeluarkan Indeks Kesihatan Kenderaan Tahunan yang ketiga , yang mana bagi 2013 dikesan kekerapan dan kos pembaikan untuk masalah “check enjin” (ingat nukilan mengenai makna lampu indikasi di dashboard?) di mana 119 juta kenderaan yang dibina antara 2003 hingga 2013. Bagi dua tahun pertama indeks tersebut, Toyota menduduki tempat di bahagian atas senarai, tetapi keputusan tahun ini melihatkan Hyundai berpindah ke nombor satu , menolak Toyota turun satu anak tangga.

Menurut CarMD, kenaikan pembuat kereta  Korea ini  ke atas telah didorong oleh kekerapan pembaikan kereta yang rendah. Toyota adalah kedua di bawah Hyundai bagi frekuensi pembaikan paling rendah, tetapi Toyota juga mempunyai kos purata tertinggi pembaikan. Kedua-dua penilaian Toyota dan Hyundai jatuh tahun ini, tetapi Toyota telah menerima pukulan yang lebih teruk, yang juga adalah salah satu penyebab Hyundai mendapat ranking teratas tahun ini.

Walaupun Hyundai adalah pengeluar teratas dalam indeks, 2012 Toyota Camry adalah kenderaan terhebat di Amerika. Bagi Hyundai pula, wakil terbaiknya adalah 2010 Elantra ( di belakang tiga model Nissan dan empat model Toyota ), yang berada di tempat nombor lapan . Hyundai mempunyai enam kenderaan lain dalam 100 teratas.

Sepuluh Pengeluar teratas adalah Hyundai (No. 1 ), Toyota (No. 2) , GM (No. 3) , Chrysler (No. 4) , Honda (No. 5), Ford (No. 6), Nissan ( No. 7) , Kia (No. 8), Volkswagen (No. 9) dan Mitsubishi (No. 10).




Posted by Jobseekers

Pelancaran Honda Odyssey– harga RM228k~RM248k

Honda Malaysia telah melancarkan Honda Odessey 2013 baru – MPV generasi kelima ini membuat kemunculan globalnya di  pameran motor KLIMS13 yang lalu, yang tiba hanya dua minggu selepas pelancaran pasaran Jepun. Ia boleh didapati dalam dua varian, gred tinggi EXV dan gred standard pula dipanggil EX.

Enjin “Earth Dreams” DOHC 2.4 liter i-VTEC empat silinder menawarkan 175 PS pada 6,200 rpm dan tork sebanyak 225 Nm pada 4,000 rpm menjadi sumber kuasa kedua-dua varian tersebut, dikombinasikan dengan kotak gear CVT.

Seperti versi JDM, Honda Odyssey berukuran sepanjang 4,830 mm dan selebar 1,800 mm (+20 mm untuk EXV). Ketinggiannya ditetapkan pada 1,695 mm, manakala jarak roda adalah 2,900 mm dan berat badan adalah 1,820 kg untuk EX dan 1,855 kg untuk EXV itu.

Peralatan standard di kedua-dua varian termasuklah kawalan pelayaran (cruise control), paddle shifter, sistem audio enam pembesar suara dengan paparan sentuhan elektrostatik tujuh inci, kerusi kapten di barisan kedua dan LED daytime running lights.

Varian EXV pada dasarnya mencerminkan JDM Odyssey Absolute dari segi kit dan trim. Ia menambah aerodinamik  bumper depan dan belakang, grill depan, lampu kabus, lampu auto LED serta sunroof depan dan kemasukan pintar dengan ignasi push-start.

Varian gred tinggi EXV disertakan penghawa dingin berasingan di kabin depan dan penghawa dingin auto di kabin belakang (EX hanya memiliki penghawa dingin auto di kabin depan, dan udara sejuk disalurkan ke belakang melalui salur ventilasi udara), tempat duduk lapan posisi di bahagian pemandu, sunshades pintu sebelah belakang, pemegang cermin mata hitam, cermin solek berlampu, dan beberapa lagi ciri-ciri lain.

Perbezaan lain antara varian EX dan EXV merupakan trim dalaman, di mana EX mempunyai interior ivory dan kerusi dibalut fabrik, manakala kabin EXV ini didatangkan dengan interior hitam berkerusi kulit.

Buat kali pertamanya, Odyssey baru ini mempunyai pintu belakang gelongsor, mempunyai siling yang lebih tinggi, lantai yang lebih rendah dan lebih banyak ruang dalaman daripada model-model  sebelumnya terima kasih kepada platform ultra-low-floor baru, menggabungkan tangki minyak rata dan langsing serta struktur lantai belakang yang rata. Anak tangga belakang hanya 300 mm dari tanah, membuatkan penumpang dapat keluar masuk dengan mudah.

Kerusi barisan kedua juga merangkumi footrests dan backrest, manakala kerusi barisan ketiga pula dibahagikan kepada tiga, di mana setiap penumpang di barisan tersebut boleh memilih sudut berbaring mereka sendiri.

Kedua-dua model menaiki aloi 17-inci, dibalut dengan 215/55 siri tayar.

Peralatan keselamatan standard termasuk VSA, ABS dengan EBD dan BA (brake assist), hill start assist, mata ISOFIX, sensor letak kereta depan belakang dan enam beg udara (dua depan dan beg udara i-SRS sisi, dan beg udara langsir sisi sehingga barisan ketiga). EXV ditambah dengan informasi blind spot dengan Cross Trafic Monitor (CTA), sistem kamera pelbagai pandangan, kamera undur pelbagai sudut dan sistem bantuan parking kereta pintar.

Honda Odyssey boleh didapati dalam empat warna – White Orchid Pearl, Super Platinum Metallic, Crystal Black Pearl dan Glamorous Mauve Pearl. Akhir sekali, harga bagi Odyssey EX ditetapkan pada  RM228, 000, manakala EXV pula ditetapkan pada RM248, 000 (keduanya harga di atas jalan dengan insurans). CBU Odyssey yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini datang dengan jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had. Penyerahan pertama kepada pembeli dijadualkan bermula pada bulan Januari.









Khamis, 28 November 2013
Posted by Jobseekers

Proton Perdana yang seterusnya

Perubahan yang dikatakan:-

``This Proton-badged Accord has very minimal disguise, and still looks largely like a Honda Accord. The grille is covered up, which suggests that Proton has its own take on the car’s nose. The alloy wheels on this car look similar to those on the Proton Exora Prime.

Inside, there are minimal changes, with the Honda badge on the steering wheel simply replaced by a Proton badge. Visible cues such as paddle shifters and VSA switch means that the donor form is the 2.4 VTi-L variant. We also see some kind of ballast in the rear to simulate rear occupant load weight balance – in tandem with wired sensors on the air-conditioning vents, the car is likely undergoing AC evaluation trials under load. Also, the stock redline on the tachometer effectively puts rumours of the Petronas E01e engine being under that hood to rest.``

Kredit : paultan








Jumaat, 8 November 2013
Posted by Jobseekers

Toyota Previa daripada UMW Toyota



UMW Toyota akan membawa masuk secara rasmi Toyota Estima ke Malaysia, denga RM270,000 sebagai tanda harga untuk model tersebut termasuk insurans dengan tiga tahun jaminan waranti, sungguhpun model MPV tersebut masih belum lagi dilancarkan secara rasmi.

Untuk model ini, UMW Toyota memilih untuk menggunakan nama Toyota Previa di Malaysia, tujuannya untuk membezakan model mereka dari model-model Estima yang boleh didapati di kedai-kedai recon atau pengimport kereta yang memiliki AP. Nama Toyota Previa turut diguna pakai di pasaran seperti Hong Kong. Di negara kelahiranya, masih dikenali sebagai Estima, dan di Australia, dikenali sebagai Tarago.

Hanya satu varian yang akan ditawarkan UMW Toyota; menggunakan enjin 2.4 liter 2AZ-FE seperti yang terdapat di dalam model Camry, menjana 170PS dan 224Nm tork, serta digabungkan dengan transmisi Super CVT-I dengan tujuh kelajuan. ACR50 Previa mempunyai konfigurasi susunan 2-2-3, tujuh tempat duduk, dengan “captain seats” untuk tempat duduk barisan tengah. Tempat duduk jenis fabrik ditawarkan.

Ciri-ciri lain yang turut ditawarkan untuk model ini antaranya, termasuklah pintu jenis gelongsor (sliding doors) untuk kedua-dua belah pintu sisi belakang, lampu hadapan HID dengan sistem penyesuaian lampu hadapan (adaptive front lighting system) yang mana satu sistem lampu yang mengikut arah stereng dipusing, sistem audio 2-DIN CD/MP3 dengan enam pembesar suara. EBD ditawarkan namun tiada disenaraikan kawalan kestabilan S-VSC, dan hanya dua beg udara ditawarkan (kebanyakan pesaing mempunyai tujuh beg udara termasuklah kawalan kestabilan VSC).

Model in boleh didapati dalam enam pilihan warna; White Pearl CS, Super White II, Silver Metallic, Black, Ice Titanium Mica Metallic dan Silky Gold Mica Metallic.

Setakat ini, untuk pengeluar dari Jepun, cuma Mazda yang menawarkan model di dalam segmen yang sama – Mazda 8, di samping Volkswagen yang menawarkan Sharan. Honda Malaysia juga mempunya rancangan untuk membawa masuk MPV, Honda Odyssey dalam masa terdekat.
Khamis, 7 November 2013
Posted by Jobseekers
Tag :

KIA Picanto dengan harga yang berpatutan dalam kelasnya

Naza Kia Malaysia telah mengumumkan harga rasmi KIA Picanto serba baharu. Picanto baharu ini didatangkan dengan dua pilihan; 1.2 liter automatik dengan harga RM59,888 dan 1.2 liter manual pada harga RM54,888. Harga tersebut adalah untuk di semenanjung Malaysia.

Di Kuching harga varian 1.2L AT ialah RM61,888, sementara itu di Miri harganya RM62,388 dan RM62,888 di Sabah. Bagi varian 1.2L MT berharga RM56,888 di Kuching, RM57,388 di Miri dan RM57,888 di Sabah.

Kesemua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan termasuk insurans.

Pengenalan Picanto baharu ini terarah kepada golongan yang mencari kereta kompak bandar yang mempunyai rekabentuk yang tersendiri, serta mempunyai ciri-ciri moden tanpa berkompromi tentang aspek keselamatan dan penjimatan minyak pada tanda harga yang berpatutan.

“Picanto baharu ini mempunyai harga yang berdaya saing jika dibandingkan dengan kenderaan yang berada dalam kelasnya. Ianya juga dilengkapi dengan ciri-ciri bertaraf kelas pertama. Jadi pelanggan membayar harga kereta A-Segmen tapi mendapat nilai kereta C-Segmen,” jelas Datuk Hafiz Sued Abu Bakar, Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia.

Ciri-ciri yang dilengkapi bersama Picanto baharu ini antaranya, lampu hadapan projektor auto serta lampu LED pemanduan waktu siang, kombinasi lampu belakang LED, stereng yang dilengkapi butang kawalan audio dan bluetooth.

Ciri keselamatan pula termasuklah enam beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSM), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), serta Kawalan Bantuan Pendakian Bukit (HAC).

Model KIA Picanto baharu ini boleh didapati dalam pilihan warna Lemon Grass, Galaxy black, Bright Silver dan Clear White.

Picanto baharu didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa tanpa had jarak perjalanan, sudah boleh mula ditempah. 1,000 pelanggan pertama menjelang akhir bulan November 2013 layak menerima nombor plat IM4U percuma. Jadi bersegeralah kunjungi bilik pameran Naza KIA Malaysia seluruh Malaysia.













Sabtu, 2 November 2013
Posted by Jobseekers

Insentif hibrid & EEV diteruskan, GST

Satu nukilan oleh Utusan Online beberapa hari lepas menangkap perhatian kami, di mana dikatakan Insentif Hibrid dan EEV diteruskan, walaupun tiada apa-apa kenyataan berkenaannya dibentangkan dalam Bajet 2014 baru-baru ini. Ini merupakan juga sedikit sebanyak update nukilan kami sebelum ini yang bertajuk Bajet 2014 Malaysia Dan Dunia Permotoran.

Pada pembentangan Bajet 2014, rakyat dan pemain industri agak terkejut kerana tiada sebarang insentif diumumkan untuk sektor automotif walaupun sektor berkenaan merupakan yang paling dinantikan sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. Nanum begitu, Insentif untuk kereta hibrid akan diteruskan walaupun tidak disentuh dalam Bajet 2014 kerana telah dimuktamadkan dalam Dasar Automotif Nasional (DAN) yang akan diumumkan awal Disember ini.

Sedutan daripada nukilan Utusan Online:

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, pelan hala tuju industri automotif telah dirangkumkan dalam DAN dan kerajaan tidak perlu mengumumkannya dalam Bajet 2014 seperti tahun lalu. Menurutnya, bajet hanya untuk perancangan setahun tetapi DAN dirangka untuk jangka masa panjang dan segala insentif yang ditawarkan kelak adalah berterusan untuk satu jangka waktu yang lebih lama bagi memastikan industri itu berkembang kukuh.

“Memandangkan insentif kereta hibrid berakhir hujung tahun ini, maka DAN mesti diumumkan tahun ini juga. Saya jangkakan kerajaan akan lakukannya pada awal Disember ini. ”Oleh itu, DAN akan melibatkan insentif berterusan untuk kereta hibrid dan kenderaan efisien tenaga (EEV). Orang ramai dan pemain industri tidak perlu risau dengan penamatan insentif hibrid hujung tahun ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, insentif lebih baik akan diberikan kepada kereta hibrid dan EEV pemasangan tempatan (CKD) manakala bagi kenderaan diimport sepenuhnya (CBU) terdapat beberapa syarat yang akan ditetapkan oleh DAN.

Sebelum ini juga, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan bagi memohon lanjutan pengecualian cukai eksais dan import terhadap kereta hibrid serta elektrik (EV) untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun. Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata, pemain industri amat mengharapkan pengecualian duti ini dapat diteruskan untuk jangka panjang.

“Tanpa pengecualian ini, semestinya harga kereta menjadi lebih mahal dan momentum pertumbuhan jualan kereta hibrid dan EV tempatan akan terbantut serta merta,” katanya.

Jelaslah di sini bahawa kerajaan perlu berhati-hati membuat keputusan sebegini kerana jika insentif ditarik balik, pertumbuhan hibrid yang naik mendadak selama ini akan lumpuh disebabkan harganya yang mahal. Jika kerajaan betul-betul berhasrat memajukan EV di Malaysia, terlalu banyak pula belanja untuk membangunkan infrastruktur seperti stesen pengecasan bateri di serata negara, termasuklah di kawasan luar bandar yang rata-rata tidak ramai pedulikan kereta hibrid. Maklumlah, jika tiada kesesakan jalan raya, hibrid tidak akan wujud di dunia ini.

Apa yang kami mahu katakan ialah, demi menggalakan EV di Malaysia, masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan selain membina stesen pengecasan, contohnya masalah pengecasan bateri bagi mereka yang tinggal di apartment, condo dan juga masalah pengecasan bateri jika kenderaan tersebut dipandu sekitar kawasan luar bandar yang mungkin kekurangan infrastruktur sebegini.

Mengapa perlu sakit kepala menggalakan EV sedangkan boleh masih boleh menggalakan penggunaan kenderaan hibrid di negara ini? Jika lebih insentif diberi, mungkin ramai penduduk bandar akan menggunakan hibrid, menjimatkan penggunaan minyak, menaikkan ekonomi keluarga, sambil menjaga kualiti alam sekitar. Hati pun senang, bukan?

GST dan harga kereta
Dalam perkembangan lain, seorang penganalisis berkata, beliau menjangka harga kereta akan dikurangkan sedikit berikutan pelaksanaan cukai perkhidmatan (GST), yang akan mengambil berkuat kuasa mulai 1 April, 2015 ke atas barang dan perkhidmatan.

“Jika GST yang ditetapkan pada 6%, menggantikan cukai jualan, yang kini pada kadar 10%, maka kita menjangkakan harga kenderaan untuk mengurangkan,” katanya.


Apa kata anda? Jika harga kenderaan hibrid turun, berminatkah anda menukar kenderaan akan kepada hibrid?
Jumaat, 1 November 2013
Posted by Jobseekers

Honda NSX sasar keseronokan seperti Ferrari Italia 458 harga umpama Porsche 911


Wakil dari Honda berkata, Honda NSX 2015 akan mempunyai tanda harga seperti Porsche 911 dan akan menyajikan keseronokan setaraf Ferrari 458 Italia.

Dalam temuramah ringkas bersama Autocar, Ketua pembangunan NSX, Ted Klaus ada menyatakan objektif model supercar tersebut ialah untuk menyediakan “keseronokan seperti 458 pada harga 911.” Mereka yakin dan percaya ianya bakal menjadi kenyataan, terima kasih kepada perlaksanaan teknologi hibrid.

Klaus berkata Honda menggunakan beberapa model supercar pesaing lain sebagai tanda aras, antaranya seperti contoh Audi R8, McLaren MP4-12C, serta Nissan GTR. Dijadualkan bakal dikeluarkan dalam tahun 2015, Honda Acura NSX akan dikusakan dua motor elektrik yang menghantar kuasa ke tayar hadapan. Enjin VTEC V6 (mid-mounted V-6 engine) bersama motor elektrik yang terbina di dalamnya yang berkuasa diperbuat dari material ringan menjana kuasa untuk tayar belakang, serta dipadankan dengan transmisi dwi-klac yang baharu, bagi memberikan tahap pecutan luar biasa di samping menawarkan penjimatan terbaik.

Model Honda NSX 2015 akan dibuat di Marysville, dan sedang dibangunkan oleh pasuan R&D Honda Amerika di Raymond, Ohio.








Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -