Archive for Mac 2013
Dua komando Polis Maut Terkena Serangan Mortar di Lahad Datu
Assalamualaikum w.b.t
Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke
dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan
Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku. -
Kredit : Transformasisemasa
Fakri Saarani ‘terpesona’ gaji lumayan dan pasukannya
Kuala Lumpur: Tawaran gaji lebih lumayan dan situasi Kelantan yang terdesak mendapatkan khidmatnya adalah antara faktor membuatkan Ahmad Fakri Saarani pulang awal dari Portugal.
Penyerang kelahiran Kelantan itu sebenarnya berat hati untuk meninggalkan kelabnya, Atletico SC, tetapi kerana liga divisyen tiga Portugal tamat 10 Mac ini dan dia mempunyai tempoh rehat lama sehingga Ogos, Fakri memutuskan untuk kembali ke Malaysia.
Selain faktor itu, Fakri juga terpaksa memikirkan masa depannya di Portugal kerana Atletico terpaksa mengharungi pusingan play-off untuk layak ke divisyen dua yang menjanjikan kedudukan lebih selesa pada segi kewangan buat kelab-kelab di sana.
“Sepanjang berada di sana, tidak timbul masalah kewangan atau bayaran gaji. Cuma dia perlu memikirkan masa depannya, apa akan jadi sekiranya kelab tidak layak ke divisyen dua.
“Peluang untuk Fakri berpindah ke kelab Portugal lain juga lebih cerah sekiranya dia beraksi di divisyen dua, tetapi buat masa ini laluan itu tampak sukar dan jalan terbaik ialah dia pulang ke tanah air untuk menyertai pasukan Liga Super,” kata pengurus peribadi Fakri, Faisal Zakariah.
Fakri yang dibayar RM10,000 sebulan oleh Atletico, dipercayai menerima tawaran sekali ganda oleh Kelantan yang turut bersetuju membayar baki kontraknya bersama kelab Portugal berkenaan.
Ejen Fakri, Marco Guimares yang berada di Kota Bharu semalam bagi menguruskan kontrak pemain itu, sebelum ini dipersoalkan selepas seorang lagi pemain di bawah kendaliannya, Nazmi Faiz Mansor yang mempunyai kontrak tiga tahun bersama kelab divisyen satu Portugal, SC Beira-Mar pulang awal dan menyertai PKNS.
Kredit : Berita Harian
Rozita Che Wan, Zain Saidin terus nikah
Pelakon popular, Rozita Che Wan, 42, dia dan Zain Saidin tidak akan bertunang, sebaliknya terus berkahwin kerana kedua-duanya sudah saling mengenali.
Begitupun, kata wanita jelita ini, Zain, 29, bakal menghantar rombongan merisik dan jika diizinkan Tuhan, mereka berhasrat untuk diijabkabulkan pada tahun ini juga.
“Saya pun sekarang sibuk dengan penggambaran sampailah Julai nanti. Mana mungkin saya ada masa nak buat majlis kahwin dalam masa terdekat?
“Saya sibuk dengan rakaman Primadona, MasterChef dan selepas itu percutian bersama keluarga ke San Francisco,” katanya ketika ditemui pada sidang media ketiga Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 di Subang Jaya, kelmarin.
Pada majlis gilang-gemilang bertemakan Ledakan Geometri itu nanti, Rozita akan naik ke pentas sebagai penyampai trofi bersama ramai lagi nama popular di arena seni tanah air.
Ditanya mengenai majlis perkahwinannya, Rozita berkata, dia tidak terlalu memikirkan acara persandingan kerana paling penting buatnya ialah akad nikah serta kehidupan selepas bergelar suami isteri. Apatah lagi ia perkahwinan kedua buat wanita ini.
“Saya tak memerlukan pelamin harga berjuta-juta, sederhana saja sudah cukup. Tengoklah bagaimana nanti.
“Kalau soal kahwin ini agak sulit, mungkin saya akan mengambil cuti yang lama untuk menguruskannya. Begitupun buat masa ini saya tak rasa perlu berbuat begitu,” tambahnya yang merancang untuk mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak bersama Zain.
Diasak pertanyaan wakil media, Rozita berulang kali menegaskan, persiapan perkahwinan belum dimulakan lagi.
“Untuk menjawab semua persoalan itu, nanti saya akan adakan sebuah majlis khas bagi mengumumkan tarikh perkahwinan kami. Jadi, janganlah risau,” katanya sambil menganggap, berita kononnya dia akan bernikah pada Julai ini hanyalah hasil salah faham.
Ya!!! Inilah Sebabnya Adam Corrie Lee Abdullah Memilih Islam - See more at: http://hakaluka.blogspot.com/2013/02/inilah-sebabnya-adam-corrie-lee.html#sthash.xnLJS6aH.dpuf
Assalamualaikum sahabat-sahabat.
Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.
Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman.
Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.
Berasal dari keluarga Cina yang menganut agama Budha.
Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.
Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah.
Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun.
Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.
Bagaimana boleh memeluk Islam?
Kaabah. - saya suka tengok Kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.
Bersahabat baik dengan anak Ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup.
Telah banyak agama saya kaji sebelum membuat keputusan balik kepada fitrah.
Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur; "Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."
Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.
Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu.
Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu. Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.
Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya
Alhamdulillah
- See more at: http://hakaluka.blogspot.com/2013/02/inilah-sebabnya-adam-corrie-lee.html#sthash.xnLJS6aH.dpuf
Zizan, Fara bikin gempak
Pada usia menginjak 26 tahun, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) terus relevan kerana tampil dengan idea segar pada malam kemuncak yang bakal menggegar Stadium Putra, Bukit Jalil pada 7 April depan.
Seperti lazimnya, gandingan hos sentiasa ditunggu-tunggu peminat kerana mereka dianggap ‘rencah utama’ menghidupkan acara. Kali ini, BH selaku penganjur memantapkan paksi ABPBH 2012 melalui pemilihan Zizan Razak bersama Fara Fauzana sebagai pengacara acara berprestij ini.
Biarpun sudah dua kali berdiri di pentas gah ABPBH, Zizan yang juga finalis Artis Komedi dan Pelakon Filem itu mengakui perlu banyak membuat kajian supaya apa yang dikongsi di pentas adalah maklumat terkini dunia hiburan.
“Memang pengalaman lalu mematangkan saya apatah lagi saya ditemani hos dan penyampai radio yang saya kagumi. Tetapi dalam acara besar yang hanya diadakan setahun sekali, saya perlu rajin berikutan dunia hiburan berputar dengan lebih deras.
“Andai sebelum ini, kita dikejutkan dengan fenomena Gangnam Style, sekarang sudah ada Harlem Style. Jadi apa yang kita sampaikan atau perkatakan di pentas perlu segar dan tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa,” katanya yang terharudiberi kepercayaan buat kali ketiga oleh penganjur untuk mengendalikan ABPBH.
Mengakui tidak mampu menyembunyikan debaran untuk beraksi di Stadium Putra, tumpuannya sekarang terarah kepada persediaan menjadi pengacara, bukannya pulang membawa trofi.
“Apabila mendapat mandat sekali lagi, sudah tentu saya mahu buat sehabis baik. Bohong kalau saya katakan tidak berdebar. Majlis ini akan dipancarkan secara langsung dan saban tahun, lebih empat juta orang menontonnya.
“Jadi, lebih baik saya membuat persediaan rapi daripada memikirkan sama ada mampu membawa pulang trofi. Memang nama saya dicalonkan untuk dua kategori, tetapi rasanya tidak perlu menaruh sebarang harapan, biarlah peminat yang menentukannya,” katanya.
Bagi Fara yang pernah mengacarakan banyak majlis besar termasuk Anugerah Skrin serta Juara Lagu, pelawaan penganjur yang menggandingkannya dengan Zizan dianggap cabaran besar.
“Setiap anugerah berbeza perasaannya begitu juga ABPBH. Kalau Anugerah Skrin, ia membabitkan ramai penggiat industri penyiaran, televisyen dan filem. Manakala AJL menjurus kepada penghormatan karyawan muzik.
“Menerusi ABPBH, anugerah ini menggabungkan semua penggiat seni yang secara tidak langsung impaknya lebih besar, begitu juga persediaan yang perlu dilakukan nanti,” katanya yang serasi bekerjasama dengan Zizan sejak mereka mengendalikan program Melodi, suatu masa dulu.
Fara berkata, dia melihat Zizan sebagai individu yang berbakat besar malah lincah di pentas dengan jenaka spontan. Zizan juga kata Fara, peka terhadap isu sekeliling hingga menjadikan mereka cukup serasi.
“Walaupun tidak sampai setahun kami bersama dalam program Melodi, kami sudah serasi. Andai dia spontan, kehadiran saya boleh dianggap mengimbangkan suasana.
“Cuma walaupun teruja sebaik diajukan tawaran, saya perlu mendapatkan nasihat daripada pengurusan Hot FM. Ini berikutan komitmen terhadap tugasan di konti. Nampaknya, mereka memberi sokongan penuh,” katanya yang menyangka tawaran wakil penganjur itu pada mulanya disangka panggilan hangit teman setugas.
Sejajar kematangan ABPBH 2012, selain kejutan lokasi baru malam kemuncak di Stadium Putra dan siri jelajah yang menakluk Sarawak dan Sabah, barisan penyampai juga menyenaraikan generasi pelapis industri seni. Antara artis tersenarai adalah Aaron Aziz; Anzalna Nasir; Dazrin; Fizo Omar; Fizz Fairuz dan Johan As’ari.
Turut menjadi penyampai pada malam gemilang itu kelak ialah Lisa Surihani; Nabila Huda; Nadiya Nisaa; Nazim Othman; Neelofa; Nubhan dan Nur Fathia. Tidak terkecuali, Rozita Che Wan, Shah Iskandar, Tasha Shila dan Tomok.
Pembaharuan juga dapat dilihat dengan pembabitan pengacara undangan seperti Awi Rafael; Azlee Khairi; Forteen; Hairul Azreen; Hanez Suraya; Iqram Dinzly; Kamal Adli serta Nelyda Senrose.
Bagaimana corak pengendalian segmen mereka, nantikan saja malam kemuncak. Selain itu, Didie Alias dan Along Cham pula akan bertindak sebagai pengendali acara permaidani merah.
Pentas ABPBH 2012 juga seimbang dengan gandingan artis lama dan baru bagi segmen persembahan. Artis yang terpilih antaranya Datuk M Nasir; Datuk AC Mizal; Ziana Zain; Adira; Ainan Tasneem; Ally Noor; Mastura dan Amir Ukays. Turut membuat persembahan Asmidar; Ayai Ilusi; Bagio; Black; Ella; Fida; Jay Jay; Kilafairy; Liawanis; Marsha; Najwa Latif dan Projek Pistol.
Artis lain termasuk RJ; Salammusik; Sleeq; Stacy; Stella Band; Syam Kamarul; Zarul Umbrella dan One Nation Emcees.
Sementara itu, borang pencalonan masih diterbitkan menerusi BH dan BH Ahad hingga 13 Mac ini dengan tarikh akhir penerimaan pada 18 Mac. Manakala undian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dibuka hingga 26 Mac.
ABPBH 2012 direalisasikan dengan kerjasama Habib Jewels Sdn Bhd; Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd; Holiday Villa Subang & Suites Subang; AVON Cosmetics (M) Sdn Bhd); Boutique Dewi Sofea Sdn Bhd; Star Cruise Travel Sdn Bhd; Empayan Holding Sdn Bhd; AirAsia Berhad serta Perbadanan Stadium (M) Sdn Bhd selain TV3 dan Hot FM sebagai penyiar rasmi.
Kredit Berita Harian
Kertas kajian perubahan gaji dikemuka kepada kerajaan
Sandakan: Kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum sudah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kajian itu dilakukan pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Katanya, penilaian dibuat terhadap penjawat awam yang sudah mencapai had atau tangga gaji maksimum dengan kebanyakan mereka mempunyai skor 80 hingga 85 ke atas dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.
Penilaian dibuat terhadap penjawat awam yang sudah mencapai had atau tangga gaji maksimum dengan kebanyakan mereka mempunyai skor 80 hingga 85 ke atas dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
“Ini menunjukkan penjawat awam terbabit melaksanakan tugas dengan cemerlang tetapi jika dilihat skim gaji, kita dapati ada terhenti dan sampai ke tahap maksimum,” katanya dalam Program Temubual Bersama Radio Sandakan FM, semalam.
Temu bual secara rakaman melalui telefon disiarkan pada 9.50 pagi bertajuk Perkhidmatan Awam Teras Kecemerlangan Sesebuah Negara.
Selari kenaikan kos hidup
Ali berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini.
Katanya, kertas cadangan itu turut meliputi cadangan kenaikan dua hingga lima peratus untuk penjawat awam yang sudah capai had gaji maksimum.
“Perkara itu sedang dibincangkan di peringkat Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka membuat pengumuman mengenainya,” katanya.
Ali berkata, pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam pada 11 Mac ini di Putrajaya, Najib juga dijangka mengumumkan berita gembira bagi 1.4 juta penjawat awam di negara ini.
“Kita tunggu saja Perdana Menteri membuat pengumuman dan kalau ada insentif kita sama-sama tunggu.
“Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam,” katanya.
Beliau, untuk faedah jangka panjang, pihaknya meneliti 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan.
Lisa Surihani Hilang RM50,000 — Bekas Kerani Mengaku Tidak Bersalah Lah Pulak
KUANTAN – Seorang bekas kerani bank, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan mengeluarkan wang milik pelakon Lisa Surihani Mohamed dan ibunya berjumlah RM50,772.40 Januari lepas.
Shawallinah Jaffar, 31, dari Kudat, Sabah, didakwa mengeluarkan wang Lisa Surihani, 26, dan ibunya, Siti Amirah Ahmad, 62, dari akaun bersama milik mereka.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Tas, di Taman Pandan Damai, Kuantan antara 7 dan 10 Januari lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan sekeping kad mesin teller automatik (ATM) milik mangsa di tempat dan tarikh yang sama.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh didenda.
Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Kredit: Rotikaya
Mampukah Cinta Jarak Jauh Bertahan????
Cinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui. Buat insan yang sedang melaluinya pasti akan bersetuju jika Puteri katakan bahawa cinta jarak jauh ini memerlukan pengorbanan dan kesetiaan yang lebih tinggi berbanding cinta jarak dekat.
Maksud cinta jarak jauh ialah apabila pasangan itu terpisah jauh di mata kerana beberapa faktor antaranya tinggal berjauhan, faktor kerja, halangan keluarga dan mungkin ada sebab-sebab lain yang menyebabkan pasangan tidak dapat berjumpa selalu.
Bercinta jarak jauh amat mencabar dan agak sukar buat sesiapa saja yang melaluinya namun ia bukan sesuatu yang mustahil kerana ramai yang diluar sana yang pernah melaluinya dan akhirnya perhubungan mereka berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan yang bahagia.
Peluang untuk percintaan jarak jauh ini bertahan lama dan kekal adalah sama seperti cinta jarak dekat. Dari sudut positif ia lebih manis kerana menjauhkan pasangan dari melakukan maksiat dan juga ia mampu menguji kekuatan cinta antara pasangan.
Bercinta jarak jauh akan membuatkan kita semakin merindui pasangan kita. Namun kita tidak perlu risau kerana setiap kali timbul rasa kehilangan dan kekosongan, kita boleh menghubungi pasangan kita menerusi panggilan telefon, sms, e-mail dan berchatting. Malah kini Facebook, Twitter, Skype menjadi trend terbaru untuk menjadi pengantara buat percintaan jarak jauh.
Namun dari sudut negatifnya pula bercinta jarak jauh ni agak bahaya juga kerana dikhuatiri kasih sayang akan makin pudar akibat lama terpisah jauh.
Ada beberapa tips untuk mengekalkan Percintaan Jarak Jauh :-
Yang paling penting perlu ada kepercayaan dan kejujuran. Jangan berfikir yang bukan-bukan tentang pasangan. Berserah segalanya pada takdir dan pastikan kejujuran hadir pada diri sendiri juga. Jangan curang pada pasangan korang. Dan dengan izin dariNYA pasangan korang juga akan setia.
Cinta jarak jauh memerlukan komitmen yang tinggi. Walaupun banyak cabaran yang perlu ditempuh, pastikan korang dan pasangan selalu memberikan komitmen pada cinta.
Korang perlu sentiasa berhubung. Walaupun tak dapat bersemuka, masih ada cara lain untuk sentiasa berhubung. Cara ini dapat mengelakkan pasangan mencari keseronokkan dengan orang lain kerana tentu kita tidak mahu pasangan kita mencari insan lain untuk mengisi kekosongan dan kesepian hatinya.
Jangan terlalu berprasangka buruk pada pasangan. Selalu berfikiran positif dan cuba kawal emosi diri. Elakkan bergaduh ketika korang berhubung kerana itulah saja peluang korang untuk merapatkan hubungan dengan si dia.
Ikhlaskan hati mencintai pasangan. Tunjukkan sikap ambil berat korang walaupun hanya melalui panggilan atau sms. Buatkan dirinya rasa istimewa dan disayangi.
Sesukar manapun cinta jarak jauh ini, masih ramai yang mampu bertahan kerana masih percaya akan ada kebahagiaan di masa depan.
Kepada korang yang bercinta jarak jauh, puteri doakan agar kebahagiaan bakal menjadi hadiah paling bermakna buat korang dan si dia yang tersayang.
Wanita ini tertua di dunia
Menurut Institut Penyelidikan Gerontologi yang berfungsi mengesahkan maklumat mengenai umur untuk Guinness, Misao dilahirkan pada 5 Mac 1898 dan beliau bakal menyambut ulang tahun kelahirannya ke-115, minggu depan.
Pada masa ini, Jepun mempunyai lebih 51,000 penduduk berumur sekurang-kurangnya 100 tahun dan 87 peratus daripadanya ialah wanita.