Posted by : Jobseekers Ahad, 16 Februari 2014

Audi telah pun mendedahkan S1 dan S1 Sportback 2014, dijadualkan bakal berada di pasaran (eropah) sejurus selepas pengumuman dan kemunculan secara rasminya pada Mac di Pameran Motor Geneva.

S1 didorong oleh enjin empat silinder, 2.0-liter TFSI  turbocharged yang menggunakan petrol, yang mana menjanakan 231 kuasa kuda dan 370 Nm tork. Enjin digabungkan dengan transmisi manual enam kelajuan, memacu sistem pacuan empat roda quattro kebanggan Audi, mampu memecut dari 0-100 km/h dalam catatan masa 5.8 saat dan kelajuan maksimumnya sehingga 250 km/h. Manakala catatan masa yang diambil untuk S1 Sportback memecut 0-100km/h ialah 5.9 saat, lebih 0.1 saat berbanding S1 disebabkan penambahan berat oleh pintu belakang pada S1 Sportback.

Ciri-ciri yang dilengkapi antaranya termasuklah kawalan damper berubah-ubah (variable damper control), rim aloi 17 inci dengan tayar bersaiz 215/40, lampu hadapan dari Xenon, set kombinasi LED untuk lampu belakang, dan sistem Audi’s Drive Select, yang mana membolehkan pemandu untuk mengubah corak dan gaya pendikit (throttle), suspensi (damper) dan kawalan stereng. Untuk tampak lebih garang, pelanggan boleh menggantikan rim 17 kepada 18 inci dengan tayar 225/35 serta kaliper brek berwarna merah.

Untuk bahagian dalaman kabin, Audi telah memilih warna tema hitam bersama kelabu gelap untuk kemasan instrumen, pedal dari keluli tahan karat beserta tempat duduk ala sporty.

S1 ini akan menyaingi model subkompak hatchback seperti Renault Clio RS. Dengan gandingan kombinasi warna kuning dan hitam, ala lebah, sangat bersengat, sudah pasti peminat-peminat sudah ghairah menantikan kehebatan model Audi S1 ini.









Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -