- Back to Home »
- Out the malaysian , Technology , Youngsters »
- Fast and Furious 7 akhiri penggambaran
Posted by : Jobseekers
Isnin, 24 Mac 2014
Apabila pelakon utama francais Fast & Furious Paul Walker meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada bulan November lalu, sambungan seterusnya, Fast and Furious 7, sudah pun berada dalam pembikinan dan sepatutnya dijadualkan untuk keluar 11 Julai tahun ini.
Selepas pembikinan filem ini diberhentikan seketika, sementara Universal Studios memikirkan bagaimana untuk mengisi babak-babak selebihnya yang ada Walker, penulis skrip telah menulis semula skrip asal. Tidak lama kemudian, penggambaran disambung semula. Tentu ada yang tertanya bagaimana Universal Studios menyelesaikan masalah ini, bukan?
The New York Daily News melaporkan bahawa baki adegan Walker dalam filem itu akan ditangkap dengan menggunakan empat “body doubles”, yakni empat orang yang memiliki tubuh fisikal yang hampir sama dengan Walker, untuk digunakan bagi babak yang mempunyai pergerakan, dengan muka dan suara Walker ditindih menggunakan CGI. Wow, kedengaran mencabar!
Skrip baru ini memaparkan watak detektif FBI Brian O’Connor tidak mati, tetapi sebaliknya memilih untuk bersara. Filem ini dijangka akan dikeluarkan pada 10 April 2015. Nantikan.