Posted by : Jobseekers Isnin, 31 Mac 2014

Bulan April ini berlaku catuan air di Kuala Lumpur dan Selangor. Kombinasi cuaca panas dan bukan musim hujan membuatkan beberapa paras air di empangan sekitar Selangor turun. Harus kita sedari air ialah sumber yang terhad dan harus diurus dengan baik bagi memastikan kita semua mampu menggunakannya setiap hari.

Antara sumber pengguna air tertinggi di dunia ialah sistem flush tandas. Jutaan liter air digunakan hanya untuk memastikan sisa tinjaan anda dapat dipam keluar dari tandas. Alangkah baiknya jika sistem flush dapat mengurangkan penggunaan air. Ini ialah IOTA, mangkuk tandas boleh lipat yang juga menggunakan air yang sedikit dari tandas konvensional. Ianya rekaan Gareth Humphreys dan Elliott Whiteley, pelajar tahun akhir University of Huddlesfield. Menurut mereka IOTA mengurangkan penggunaan air sebanyak 50% untuk mengepam sisa tinjaan berbanding tandas biasa. Air dipam kedalam mangkuk tandas secara automatik apabila mangkuk dinaikkan keatas. Rekaan ini juga lebih kompak berbanding tandas biasa.





Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -