- Back to Home »
- Local Malaysia , Police »
- Adakah ini penyelesaian Kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim
Adakah ini penyelesaian Kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim
Posted by : Jobseekers
Isnin, 13 Mei 2013
KUALA LUMPUR – Siasatan polis berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim menunjukkan perkembangan positif dengan penahanan seorang lelaki kelmarin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penahanan suspek berusia 56 tahun itu yang ditahan pada pukul 8.30 pagi di Petaling Jaya, Selangor.
Dalam pada itu, sumber memberitahu, lelaki yang ditahan itu bekerja sebagai ejen kastam iaitu individu yang dilantik oleh pengimport untuk berurusan dengan pihak kastam.
Lelaki tersebut direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan sejak semalam.
Pada 26 April lalu, Shaharuddin, 58, maut akibat terkena tiga das tembakan di kepala dan leher yang dilepaskan dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal ketika mangsa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 2, Putrajaya.
Kejadian pada pukul 8.15 pagi itu berlaku ketika kenderaan jenis Nissan Murano yang dinaiki mangsa dihampiri oleh suspek disyaki pembunuh upahan ketika berhenti dekat persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa. Mangsa disahkan meninggal dunia sejam kemudian di Hospital Putrajaya.
Kredit: Kosmo