Posted by : Jobseekers Sabtu, 11 Mei 2013


Sempena sambutan ulangtahun ke-40 model 911 Turbo, Porsche kini memperkenalkan generasi baharu 911 Turbo dan 911 Turbo S. Kedua-dua model tersebut hadir dengan pelbagai ciri dan teknologi baharu yang lebih canggih dan dinamik.

Enjin enam silindernya dengan kapasiti 3.8 liter dipadankan bersama-sama pengecas turbo berkembar, membolehkannya meningkatkan hamburan kuasa sehingga 520hp untuk 911 Turbo dan 560hp untuk 911 Turbo S. Transmisi PDK tujuh kelajuan yang disemak semula prestasinya berpasangan dengan sistem pacuan semua roda PTM (Porsche Traction Management).

Untuk pasaran Amerika Syarikat, model baharu teratas dalam siri 911 itu akan tiba pada penghujung 2013 ini, dengan tanda harga untuk 911 Turbo bermula dari $148,300. Sementara itu, harga untuk model 911 Turbo S pula bermula dari $181,100.

Gambar







Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -