- Back to Home »
- Entertainment , Motorbiking , Out the malaysian , Sports , Youngsters »
- Motosikal bertaraf klasik BMW K1
Posted by : Jobseekers
Sabtu, 11 Mei 2013
Menurut maklumat daripada Wikipedia, BMW K1 dikeluarkan dari tahun 1988 sehingga 1993, dengan jumlah pengeluaran keseluruhan sebanyak 6,921 unit.
Bernadikan enjin 1000cc (987 cc liquid-cooled longitudinal four-cylinder, DOHC; four valves per cylinder), BMW K1 sebagai sebuah motosikal berkuasa tinggi dalam kategori ‘high speed sports tourer’ direka untuk memecut dengan selesa pada kelajuan sehingga 240 km/j.
Selepas model terakhir dikeluarkan kira-kira 20 tahun lalu, adalah sukar untuk melihat kembali model ini berada di jalan raya, terutamanya ketika pasaran motosikal berkuasa tinggi di Malaysia ketika itu tidak semeriah sekarang.
Sebenarnya, imej BMW K1 yang dipaparkan di sini dikeluarkan oleh BMW Motorrad USA, jadi saya tidak tahu sama ada BMW K1 pernah masuk ke pasaran negara kita.
Gambar