Archive for Mac 2014

Lalang Keabadian Tertinggi

Dunia sekarang penuh dengan "peminat" bolasepak lalang yang menyokong kelab bola hanya bila pasukan bola itu menang. Beg di bawah dicipta khas untuk manusia-manusia lalang. Senang. Support semua kelab sekaligus! GGMUCFCB




Isnin, 31 Mac 2014
Posted by Jobseekers

Kegagalan Yang memang Dah Nampak

Untuk maju band memerlukan imej yang cool. Jika tak cool tak siapa berani mengaku sebagai peminat. Di bawah ialah beberapa gambar band yang tidak cool dan full of fail.




Posted by Jobseekers

Flip Bowl Toilet

Bulan April ini berlaku catuan air di Kuala Lumpur dan Selangor. Kombinasi cuaca panas dan bukan musim hujan membuatkan beberapa paras air di empangan sekitar Selangor turun. Harus kita sedari air ialah sumber yang terhad dan harus diurus dengan baik bagi memastikan kita semua mampu menggunakannya setiap hari.

Antara sumber pengguna air tertinggi di dunia ialah sistem flush tandas. Jutaan liter air digunakan hanya untuk memastikan sisa tinjaan anda dapat dipam keluar dari tandas. Alangkah baiknya jika sistem flush dapat mengurangkan penggunaan air. Ini ialah IOTA, mangkuk tandas boleh lipat yang juga menggunakan air yang sedikit dari tandas konvensional. Ianya rekaan Gareth Humphreys dan Elliott Whiteley, pelajar tahun akhir University of Huddlesfield. Menurut mereka IOTA mengurangkan penggunaan air sebanyak 50% untuk mengepam sisa tinjaan berbanding tandas biasa. Air dipam kedalam mangkuk tandas secara automatik apabila mangkuk dinaikkan keatas. Rekaan ini juga lebih kompak berbanding tandas biasa.





Posted by Jobseekers

Pengeluaran BMW X7

BMW akhirnya akan membuat BMW X7, model yang akan menjadi dimensi baru terhadap SUV besar seperti Mercedes -Benz GL -Class dan Range Rover . Ini telah diumumkan pada hari Jumaat di BMW Spartanburg , di mana pelbagai penambahan X model yang baru akan dibina bersama-sama dengan seluruh kelas X seperti X3, X5, X6 dan yang paling baru-baru ini yang X4 .

SUV baru nama kod F17 , dan ia akan menjadi BMW SUV terbesar setakat ini. Dengan X5 baru menjadi F15 dan X6 akan datang menjadi F16 yang , F17 yang baru dijangka akan dibina di atas versi jarak roda panjang platform F15/F16 dengan gaya yang tersendiri.

Jadi ini adalah mengapa BMW tidak meningkatkan saiz X5 F15 - ia mempunyai jarak roda yang sama sebagai E70 . Mengharapkan X7 untuk mempunyai jarak roda lebih 3 meter panjang dan lebih 5 meter panjang badan keseluruhan .

Kilang Spartanburg akan mempunyai kapasiti pengeluaran yang diperoleh daripada semasa 300,000 unit setiap tahun sebanyak 50 % sehingga 450,000 unit pada kos sebanyak AS $ 1 bilion. Ini akan mewujudkan 800 pekerjaan baru, menjadikan jumlah tenaga kerja di Spartanburg sehingga 8,800 .


Ahad, 30 Mac 2014
Posted by Jobseekers

Tuah Manusia Siapa Yang tahu

Hanya kerana sekeping gambar, namanya kini sebaris juru foto antarabangsa lain selepas dinobatkan sebagai pemenang ketiga Anugerah Fotografi Antarabangsa Hamdan (HIPA), Dubai baru-baru ini.

Muhamad Saleh Dollah, 40, tidak pernah menyangka percubaan pertamanya menghantar gambar untuk menyertai pertandingan itu tahun lalu berhasil apabila idea dan kreativiti yang diaplikasikan berjaya menyaingi peserta dari seluruh pelosok dunia.

“Mungkin ini rezeki saya, tidak ada persiapan dilakukan, hanya hantar gambar sedia ada yang diambil dua tahun lalu, dengan ambil kira tema ditetapkan, iaitu ‘mencipta masa depan’. Malah, proses penghantaran gambar dibuat melalui laman web anugerah itu juga dilakukan saat akhir, kira-kira enam jam sebelum penyertaan ditutup,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhamad Saleh yang lebih dikenali sebagai Abe Less Classictouch Full berkata, beliau merupakan peserta pertama dari Malaysia yang menyertai anugerah itu sejak diperkenalkan pada 2011.

Mempertaruhkan gambar warga emas sedang mencari cucunya yang hilang di Pantai Mek Mas, PCB, dengan bertemankan pelita, Muhamad Saleh tidak menyangka ia mampu menarik perhatian juri sehingga melayakkan beliau menangi sebuah trofi dan wang tunai USD6,000 (RM20,000).

Pemilik kedai gambar Classictouch Studio ini berkata, bukan kamera yang menentukan kualiti atau menariknya sesuatu gambar sebaliknya objek di sebalik alat tersebut.

“Saya tidak gunakan kamera yang mahal kerana pada saya itu bukan syarat dalam mendapatkan foto terbaik,” katanya yang merancang menggunakan sebahagian wang hadiah untuk tujuan pengembaraan dalam mendapatkan gambar-gambar lebih
menarik.

Menurutnya, mendapat tunjuk ajar daripada abang ipar, Rosdi Ab Hamid yang juga pemilik kedai gambar terkemuka di negeri ini, Rosdi Foto, dan kakaknya, Hanisah Dollah banyak bantu mematangkan dirinya dalam dunia fotografi.

HIPA merupakan anugerah fotografi antarabangsa terkenal, yang dilancarkan pada tahun 2011 di bawah naungan Sheikh Hamdan Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Putera Mahkota Dubai, dan terbuka kepada jurugambar tempatan dan antarabangsa, bertujuan mencerminkan komitmen Dubai ke arah pembangunan seni dan budaya di UAE.
Posted by Jobseekers

Denda Hilang MyKad Naik RM500

BAGAN DATOH – Individu yang didapati menghilangkan MyKad mereka dengan cuai boleh dikenakan denda sehingga RM500, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Namun beliau berkata, kehilangan MyKad akibat bencana alam tidak akan dikenakan denda.
“Kehilangan disebabkan kecuaian, jika hilang pertama kali akan dikenakan bayaran RM100, bagi kehilangan kedua akan dikenakan kadar bayaran yang lebih tinggi sehingga RM500,” katanya kepada pemberita selepas majlis gotong royong membaik pulih rumah seorang warga emas di Kampung Parit 21 di sini hari ini.
Pada masa ini denda yang dikenakan ialah RM100 bagi kehilangan kali pertama, RM200 bagi kali kedua dan RM300 untuk kehilangan seterusnya.

Katanya sehingga kini kira-kira setengah juta MyKad dilaporkan hilang.
“Kerajaan prihatin terhadap mereka yang hilang kad pengenalan tetapi kerajaan rasakan mereka harus membayar dengan harga sepatutnya supaya tidak berlaku kehilangan semula,” katanya.
Ahmad Zahid berkata adalah amat penting untuk menjaga MyKad dengan baik kerana ia menunjukkan kewarganegaraan seseorang individu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Sistem Pengurusan Pekerja Asing Berpusat akan distruktur semula bagi mempercepatkan proses permohonan untuk mendapatkan pekerja asing.
Katanya ketika ini pengambilan pekerja asing dilakukan melalui tiga saluran yang dianggotai pelbagai jabatan dan agensi, bahagian pengambilan pekerja asing Kementerian Dalam Negeri dan bahagian pekerja asing Jabatan Imigresen.
“Permohonan tidak akan lagi dibuat melalui agensi pekerja asing sebaliknya majikan akan meminta terus secara online kepada satu saluran yang akan ditentukan oleh jawatankuasa khas mengenai pekerja asing yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau akan melawat negara sumber pekerja asing bagi memudahkan prosedur pengambilan pekerja asing dan penghantaran balik ke negara asal bagi mereka yang tamat tempoh permit kerja.

Beliau berkata dengan cara itu sistem pengambilan pekerja asing akan menjadi lebih teratur. – Bernama
Posted by Jobseekers

TOYOL PEPERIKSAAN Yang Tiada Di Malaysia

Nasib baik tips peniruan ini hanya muncul selepas SPM keluar. Kalau tidak gua rasa ramai remaja pintar akan menggunakan teknik membawa masuk super toyol ke dewan peperiksaan di bawah





Jumaat, 28 Mac 2014
Posted by Jobseekers

EASYBREATH : TOPENG SNORKEL YANG PALING Awesome

Kami benar bersnokel ketika bercuti tetapi sistem snorkel yang ada sekarang tidak mudah digunakan. Anda harus bernafas melalui mulut yang sememangnya tidak natural bagi seorang manusia. Tambah annoying ialah saluran udara snorkel yang kerap dimasuki air. Easybreath rekaan Tribord, sebuah syarikat dari Perancis menyelesaikan masalah ini. Anda boleh bernafas melalui mulut dan hidung secara bebas kerana snorkel ini ialah jenis full face. Sistem saluran udaranya juga dilengkapi alat menghalang air dari memasuki ruang bernafas.Akhirnya rekaan yang logikal!





TIV MPI RESOLUTION : KAPAL DENGAN 6 KAKI

Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan bahan api fossil menghasilkan pencemaran disamping menggunakan bahan api yang semakin mahal. Oleh itu di negara-negara maju sumber elektrik alternatif yang lebih mesra alam dan future proof mula dibangunkan dengan giat. Di Jepun pembinaan "ladang angin" yang dipenuhi kincir udara adalah alternatif yang sedang dipertimbangkan bagi menggantikan loji kuasa nuklear seperti Fukushima yang didapati mudah bahasa paska gempa bumi. Projek di Jepun masih dalam perancangan tetapi di Britain projek peminaan ladang kincir udara untuk menghasilkan elektrik pada skala besar sudah dilakukan sejak 2004.

Bagi membina ratusan kincir angin ini ditengah-tengah lautan anda memerlukan kapal khas dan kapal khas ini ialah TIV MPI Resolution. TIV MPI Resolution ialah kapal yang boleh berubah menjadi platform pembinaan di atas lautan kerana ia dilengkapi 3 pasang kaki. Terdapat beberapa lagi kapal platform pembinaan sepertio TIV MPI Resolution tetapi kesemuanya hanya mempunyai 2 pasang kaki. Kelebihan TIV MPI Resolution berbanding pesaing ialah ianya lebih besar, lebih stabil dan lebih mudah "berdiri" di atas permukaan laut.


Kapal seberat 4857 tan ini dibina khas bagi tujuan pembinaan beberapa ladang tenaga kincir udara di Britain. Ia siap dibina pada tahun 2003 dan ia diperkasakan 4 enjin diesel dengan output gabungan 10 000 kuasa kuda. TIV MPI Resolution masih digunakan secara aktif membina beberapa lagi kincir udara di tengah lautan bergelora Britain





Posted by Jobseekers

RILAKKUMA : RIM KERETA PALING CUTE

Rim kereta biasanya dicipta untuk membuatkan kereta anda kelihatan agresif ataupun memberikan impression bahawa anda ialah seorang bapa ayam yang terkaya di desa. Ada rim kereta yang mempunyai spinners yang berputar walaupun tayar tidak berputar dan ada rim yang direka bagi menunjukkan caliper brek berjenama anda. Di Jepun sudah ada rim kereta yang membuatkan kereta anda kelihatan comel. Rilakkuma ialah watak beruang kartun comel yang popular di Jepun dan kini ianya menghiasi rim kereta sebesar 14 dan 15 inci. Harga sebuah rim comel ini bermula dari  Yen 16 200 (RM 528) dan sekirnya anda mahukan rim yang comel belilah dan menjadi pelopor kegilaan rim kereta comel di Malaysia. Ada rim comel lebih best dari pakai rim douchebag pada Proton Wira cabuk yang perasan ianya sebuah Evo III.




Posted by Jobseekers

Perompak Yang Dirompak Balik....


Ini ialah kelakar yang melibatkan seorang perompak di Texas USA.  Larry Poulos ditangkap anggota polis Dallas selepas merompak sebuah bank. Beliau dilaporkan merompak Bank Educational Employees Credit Union dengan mengugut mengatakan beliau mempunyai bom yang boleh diletupkan bila-bila masa. Pekerja bank yang panik menyumbatkan beberapa longgokan wang kertas ke dalam sebuah beg. Larry kemudian pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Ketika dalam perjalanan pulang wang kertas yang dibawa beliau terkeluar dari beg yang dibawa beliau. Ini menimbulkan syak wasangka orang ramai yang melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Pihak polis kemudiannya diberitahu Larry tinggal di sebuah apartment tidak jauh dari bank yang dirompak. Setibanya di rumah suspek, polis menemui Larry yang tercedera dengan luka pada bahagian kepala. Beliau terus ditahan dan disahkan sebagai perompak bank bedasarkan klip CCTV yang diberikan oleh pihak bank. Selepas ditangkap beliau berkata beliau dirompak dua orang lelaki selepas tiba di rumah. Beliau sudah di rompakception. Larry kini menunggu untuk dibicarakan kerana merompak bank. Dua orang suspek yang merompak beliau di rumah masib belum berjaya ditangkap.





Selasa, 25 Mac 2014
Posted by Jobseekers

Awesome flight Sim

Ramai yang kagum dengan setup flight sim Kapten Zaharie Ahmad Shah. It was impressive pasal siap dengan beberapa skrin 24" Dell dengan kemampuan skrin sesentuh. Ianya epik tetapi masih tidak seepik yang dimiliki oleh John Davis yang berasal dari Coventry England. Beliau menghabiskan 8 tahun dan GBP 15 000 bagi membina simulator 747 yang paling tepat dengan kokpit sebenar. 







Yang rare Honda NM4 Vultus

Di Pameran Motosikal Osaka tempohari Honda memperlihatkan konsep Honda NM4 Vultus mereka. Ianya ialah konsep motosikal masa hadapan mereka yang mempunyai rekaan ala motosikal Tetsuo dair animasi Akira. Terdapat dua versi. NM4-01 berwarna hitam manakala NM4-02 bewarna putih dengan tempat menyimpan barang pada bahaguan belakang. Ia diperkasakan enjin 745 CC dua silinder serta sistem paparan LCD untuk menunjukkan kelajuan dan prestasi enjin. 


Add caption


Posted by Jobseekers

Fast and Furious 7 akhiri penggambaran

FAST AND FURIOUS 7



Apabila pelakon utama francais Fast & Furious Paul Walker meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada bulan November lalu, sambungan seterusnya, Fast and Furious 7, sudah pun berada dalam pembikinan dan sepatutnya dijadualkan untuk keluar 11 Julai tahun ini.

Selepas pembikinan filem ini diberhentikan seketika, sementara Universal Studios memikirkan bagaimana untuk mengisi babak-babak selebihnya yang ada Walker, penulis skrip telah menulis semula skrip asal. Tidak lama kemudian, penggambaran disambung semula. Tentu ada yang tertanya bagaimana Universal Studios menyelesaikan masalah ini, bukan?

The New York Daily News melaporkan bahawa baki adegan Walker dalam filem itu akan ditangkap dengan menggunakan empat “body doubles”, yakni empat orang yang memiliki tubuh fisikal yang hampir sama dengan Walker, untuk digunakan bagi babak yang mempunyai pergerakan, dengan muka dan suara Walker ditindih menggunakan CGI. Wow, kedengaran mencabar!

Skrip baru ini memaparkan watak detektif FBI Brian O’Connor tidak mati, tetapi sebaliknya memilih untuk bersara. Filem ini dijangka akan dikeluarkan pada 10 April 2015. Nantikan.
Isnin, 24 Mac 2014
Posted by Jobseekers

B5 Biodiesel akan dijual seluruh negara bermula 1 Julai 2014


biodiesel b5 arenakereta new



Bermula dari 1 Julai, semua stesen minyak di negara ini akan mula menjual B5 biodiesel, apabila mandat Kerajaan untuk bahan api ini berkuat kuasa. Pengumuman ini dibuat awal minggu ini oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Seri Douglas Uggah Embas , yang memberitahu pemberita bahawa semua 3,877 stesen di negara ini akan menjual bahan api itu selepas ini .

Minyak B5 biodiesel yang berasaskan sawit , iaitu gabungan 95% diesel petroleum dan 5% biodiesel minyak sawit merupakan sebuah program yang telah bermula sejak 1 Jun 2011, apabila enam stesen di Putrajaya mula menjual bahan api jenis ini. Ia kemudiannya diperkenalkan di Melaka , Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur pada tahun yang sama, dan diikuti Johor pada Julai tahun lepas.

Liputan telah diperluaskan kepada Wilayah Timur Pahang, Terengganu dan Kelantan pada Februari tahun ini , dan kini program ini telah tiba di Wilayah Utara , di mana 789 stesen di Perak, Kedah , Perlis dan Pulau Pinang akan melaksanakan mandat bulan ini. Fasa terakhir program B5 akan berlaku pada bulan Julai, apabila ia diperkenalkan di Sabah, Sarawak dan Labuan, mengikut Datuk Seri Douglas Uggah Embas .

Berikutan pengenalannya di seluruh negara biodiesel B5 , kerajaan bersedia untuk memberi mandat penggunaan biodiesel B7 – yang meningkatkan peratusan biodiesel minyak sawit dalam campuran untuk 7% – pada Januari 2015.
Memetik daripada satu artikel oleh Biodiesel Magazine pada 25 Julai 2013, KPPK berkata program biodiesel telah menyumbang kepada peningkatan 44 peratus dalam pengeluaran biodiesel sawit, dari 173.220 tan (52 juta gelen) pada tahun 2011 kepada 249,213 tan (75 juta gelen) pada tahun 2012, di samping membantu menstabilkan harga minyak sawit mentah melalui peningkatan biodiesel permintaan.
biodiesel launch

Mungkin ada yang tertanya, mengapa diperluaskan penggunaan Biodiesel, tidak diperkenalkan Diesel Euro4 seperti yang digunakan di Eropah. Bagi kami, salah satu jawapannya ada di perenggan di atas, di mana penggunaan biodisel (oleh kerana terdapat campuran minyak sawit) secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi negara. Biodiesel di negara lain menggunakan ada yang berasaskan minyak bunga matahari, jagung dan sebagainya. Dan apa yang ramai tidak tahu, harga Diesel Euro4 di luar negara lebih mahal daripada harga petrol mereka. 

It`s Bond An Icon

Setiap siri filem James Bond akan didatangkan dengan versi kereta yang berlainan. Bagi peminat filem James Bond tentunya akan menantikan jenis kereta yang akan digunakan oleh James Bond dalam filem tersebut.

1

0

2

3

4

5

6

7

8

Sabtu, 22 Mac 2014
Posted by Jobseekers

Ferrari Land, taman tema kedua Ferrari bakal dibuka di Spain


ferrari land

Ferrari Land, taman tema kedua Ferrari bakal dibuka di Spain

Jika anda seorang peminat Ferrari dan sedang mencari tempat untuk percutian anda yang seterusnya , Itali tempat pasti untuk anda pergi . Ada ibu pejabat , kilang, muzium dan trek ujian Ferrari di Maranello , Muzium Enzo Ferrari baru di Modena , dan litar yang dinamakan untuk Enzo dan Dino Ferrari di pinggir bandar Bolognese berhampiran Imola . Masalahnya ialah , selain dari melihat koleksi kereta klasik, yang sesetengah daripada kita berkemungkinan tidak minat , anda mungkin mendapati bahawa tidak banyak yang boleh dilakukan di sana. Terutamanya jika anda hendak pergi bercuti dengan keluarga anda.
Itulah di mana Ferrari World datang memenuhi percutian anda. Taman Tema Abu Dhabi membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa menaiki kereta-kereta Ferrari, membeli belah di kedai-kedai Ferrari, makan di restoran Ferrari dan melihat pertunjukkan Ferrari .
ferrari land

Apabila Ferrari World di Abu Dhabi mula-mula dibina, dunia telah mengatakan bahawa ia tidak akan menjadi taman tema seperti yang dirancangkan , tetapi kini syarikat ini telah mengumumkan sebuah lagi taman tema bakal dibina . Usah risau, taman tema kedua ini yang dipanggil Ferrari Land tidak akan mempunyai perbezaan ketara seperti perbezaan antara Disneyland di California dan Walt Disney World di Florida.
ferrari land


Nampak menarik, bukan? Ada peminat Ferrari yang teruja ke sana nanti?

Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -