Posted by : Jobseekers Khamis, 4 Oktober 2012



Namanya tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan tempatan. Walaupun berasal dari Singapura, namun rezeki Aaron Aziz lebih banyak di Malaysia.

Dia yang sudah sah bergelar penduduk tetap Malaysia dan memegang kad MyPR terus melebarkan kerjayanya dan kini bergelar pengacara bagi program realiti terbaru yang pertama di Asia iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Aaron Aziz!

Rasanya bukan senang nak jadi pengacara program seperti ini, walaupun Aaron tidak perlu melakukan tugasan seperti peserta lain, namun Aaron perlu berkorban masa diantara kerjaya dan keluarga.

Ini kerana pengambaran Fear Factor Selebriti Malaysia itu nanti akan dilakukan di Cape Town, Afrika Selatan.

Selain itu, Aaron juga harus bijak mengawal emosi peserta di samping menampilkan gaya tersendiri supaya tidak terikut-ikut dengan gaya pengacara asal iaitu Joe Rogan.

Pada yang tak tahu apa itu Fear Factor, program ini diadapatasi daripada format program yang popular di Amerika Syarikat di mana ia bakal menguji ketahanan mental dan fizikal peserta.

Namun, format itu telah diubah suai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya masyarakat Malaysia.

Yang penting tiada bab peserta perlu makan makanan jijik. Ia hanya menguji tahap ketahanan serta keberanian diri selain melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar.

Program itu nanti akan ditayangkan di saluran Astro Ria dan Mustika HD dan bakal memulakan rakaman bermula 23 Oktober sehingga 15 November depan.

Seramai 30 selebriti menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia antaranya Didie Alias, Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Gambit Saifullah, Ezlynn, Mejar Dr Faiz, Zawen Anwar, Hafizul (On Air), Norisham Ismail dan Johan As’ari.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -