- Back to Home »
- Local Malaysia »
- Mahkamah Tolak Rayuan Pendera Nirmala Bonat, Kekal 12 Tahun Penjara
Posted by : Jobseekers
Selasa, 2 Oktober 2012
PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 12 tahun terhadap suri rumah Yim Pek Ha, yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan pembantu rumah Indonesianya, Nirmala Bonat, lapan tahun lepas.
Keputusan sebulat suara itu dicapai panel tiga hakim diketuai Hakim, Datuk Clement Allan Skinner, yang berpendapat tidak ada sebab untuk mahkamah tersebut mengganggu dapatan Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, Hakim Skinner berkata, Mahkamah Rayuan mengambil kira fakta perayu sudah menjalani hukuman penjara dua bulan ketika ditahan reman pada 2008.
Oleh itu, Yim hanya perlu menjalani tempoh hukuman penjara selama 11 tahun 10 bulan.
Sejurus selepas keputusan, Yim, 44, kelihatan menangis dan memeluk suami, anggota keluarga serta rakan yang berada di galeri awam.
Dia akan menjalani hukuman di Penjara Kajang mulai Isnin.
Turut menganggotai panel itu ialah Datuk Linton Albert dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim.
Yim, 44, berdepan empat pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadapNirmala di Villa Putera, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada Januari, Mac dan April 2004.
Dia didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala dengan seterika panas serta air panas dan dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, dia dibebaskan daripada pertuduhan keempat iaitu mencederakan Nirmala dengan cawan logam.Ketika merayu di Mahkamah Tinggi, hukuman penjara Yim dikurangkan kepada 12 tahun