Posted by : Jobseekers Khamis, 4 Oktober 2012



Minggu lalu, timbul gosip mengenai diri penyanyi kelahiran program Mentor, Black yang dikatakan pergi bercuti di satu lokasi bersama dengan kekasihnya.

Kalau pergi bercuti bersama, mungkin tidak mengapa.

Namun, menerusi coretan tangan hasil wartawan akhbar Berita Harian, Zubir menulis mengatakan Black telah pergi bercuti bersama kekasihnya dan juga menginap di bilik hotel yang sama.

Benarkah?

Namun, dalam gosip wartawan itu, Black mengakui yang dia memang pergi bercuti bersama kekasihnya.

Malah, dia juga menerangkan yang dia tidaklah tinggal di bilik sama dengan wanita tersebut.

Sebaliknya, dia dan wanita itu ditemani tiga lagi rakan lain dalam percutian itu.

Kata Black, dia masih lagi tahu batas-batas mengenai hukum Islam.

“Sekiranya staff resort beritahu hal ini kepada media, memang mereka ada melihat saya makan berdua sahaja bersama teman wanita ketika itu.

“Namun saya agak terkilan apabila gosip berkenaan turut ada mempertikai bangsa Melayu dan agama Islam saya. Saya masih tahu agama dan batas dalam pergaulan,” kata Black.

Dalam artikel itu juga, Black mendedahkan dia dan wanita itu sebenarnya sudah pun putus cinta sejak beberapa bulan yang lalu.

Apa sudah jadi?

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -