Posted by : Jobseekers Rabu, 3 Oktober 2012



KUALA LUMPUR – Pembangkang berterusan memperlekehkan Bajet 2013 meskipun bajet kali ini dianggap ramai pihak antara yang terbaik pernah diumumkan oleh kerajaan.

Terbaharu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa pengumuman bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam dalam Bajet 2013 sebagai mengelirukan.

Beliau mendakwa, kekeliruan timbul kerana imbuhan setengah bulan pertama telah dibayar pada Ogos lalu tetapi dimasukkan dalam Bajet 2013.

“Mengapa mengumpulkan bonus (imbuhan) yang telah dibayar dengan bonus akan datang bagi menggambarkan banyaknya bonus yang diberi (dalam Bajet 2013),” dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.

Justeru, Tuan Ibrahim mendakwa pengumuman itu tidak lebih dari usaha menunjukkan pentadbiran kerajaan sangat prihatin kepada kakitangan awam.

Media baru-baru ini melaporkan kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus satu bulan setengah gaji manakala pesara akan menerima RM500 seperti yang dibentangkan melalui Bajet 2013.

Bonus itu termasuk imbuhan setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lalu dan bayaran bonus akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan. – mynewshub.my

Yang x dapat tu harap bersabar...bukan selalu orang keje gomen dapat....x payah nak melatah sangat lah....

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -