- Back to Home »
- Local Malaysia »
- Panduan memilih nenas...tengok dulu mesti x nyesal
Posted by : Jobseekers
Sabtu, 3 November 2012
Nenas merupakan sejenis buah tropika yang lazat. Ia merupakan sejenis buah yang mempunyai kandungan mineral dan vitamin yang cukup tinggi. Ramai di kalangan kita menggemarinya sebagai makanan pencuci mulut yang menyegarkan disamping kegunaan lain seperti jem nenas, halwa, jeruk, tat nenas atau dimakan mentah begitu sahaja.
Bagi penggemari nenas, mungkin mereka pernah mengalami luka-luka kecil di dalam mulut selepas memakan nenas dalam kuantiti yang agak banyak. Bagi ibu-ibu yang mengandung, pantang larang orang melayu tidak membenarkan mereka memakan nenas. Tajam dan berbahaya terhadap kandungan, katanya!. Entah benar atau pun sekadar mitos, tidak pernah pula dibuat kajian mengenainya.
Dalam memilih nenas, anda disarankan mencari nenas yang berat, padat dan mata kuningnya tidak menonjol. Warna kulitnya mestilah kuning keemasan, cerah dan tidak ada bintik-bintik putih.
Salah satu kehebatan nenas
ni, ia boleh membantu proses penghadaman protein dan membantu mempercepatkan penyembuhan. Nenas ni kaya dengan enzim bromelain. Bromelain dapat membantu kita semasa kita sakit tekak dan membantu proses penghadaman.
Tugas bromelain ni, ia menghadamkan protein yang terdapat dalam makanan dan memudahkan penyerapan protein ke dalam tubuh. Bromelain juga berfungsi mempercepatkan penyembuhan luka dan membantu mengurangkan radang (inflamasi). Jadi, nenas ni sebenarnya bagus untuk mereka yang akan dan lepas pembedahan. Bromelain jugak boleh dibeli di farmasi dalam bentuk kapsul.
Nenas jugak berfungsi sebagai “pencuci”. Bromelain tadi bertindak dalam mencuci dan seimbangkan cecair yang bersifat alkali atau berasid. Ianya dapat meningkatkan kealkalian darah yang membantu mengurangkan acidosi dan oedema dengan menyingkirkan lebihan air di dalam badan.
Bagi yang mempunyai penyakit gout, kandungan asid aspartik yang terdapat dalam nenas mungkin dapat membantu anda. Aspartik asid ini dapat membantu badan menyingkirkan lebihan Ammonia yang terdapat di dalam badan kita. Ammonia adalah berbahaya kepada badan dan sistem saraf kita!
Akan tetapi, bagi sesetengah orang, makan terlalu banyak nenas mungkin akan membawa masalah kepada mereka! Ada yang akan terasa sakit kepala disebabkan buah nenas mengandungi 5-hydroxyptamine yang menyebabkan salur darah, terutamanya yang terdapat di dalam otak mengecut. Jadi, akibatnya, tekanan darah akan meningkat dan anda mungkin akan mengalami sakit kepala!
- Pelanduk Publications, 2007