- Back to Home »
- Local Malaysia »
- Pelancaran rasmi Nissan ALMERA, empat gred, harga bermula dari RM66,800.00 – RM79,800.00
Posted by : Jobseekers
Jumaat, 2 November 2012
Selepas pengumuman mengenai Nissan ALMERA pada awal Ogos lalu, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini secara rasminya melancarkan model tersebut, sebuah sedan segmen B yang amat ditunggu-tunggu ke pasaran tempatan di One World Hotel, Petaling Jaya. Nissan ALMERA dijangka meneruskan rekod cemerlang dan tradisinya dalam segmen yang cukup kompetitif di Malaysia.
Sudah dibuka untuk tempahan, Nissan ALMERA serba baharu benar-benar menepati janjinya dengan ‘Surprisingly More’. Biarpun menampilkan ciri-ciri teknologi terkini dan keluasan ruang dalaman yang biasanya ditemui pada kenderaan lebih premium, Nissan ALMERA ditawarkan pada harga cukup kompetitif iaitu bermula dari RM66,800.00. Ini selari dengan komitmen Tan Chong untuk menawarkan kenderaan mampu milik kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:
Gred
Varian
Harga (RM)
E
1.5 M/T
66,800.00
1.5 A/T
69,800.00
V
1.5 A/T
76,800.00
VL
1.5 A/T
79,800.00
Nissan ALMERA dibezakan melalui spesifikasi standard untuk Gred E, well equipped untuk Gred V dan Gred VL yang hadir dengan spesifikasi penuh. Untuk lebih peribadi, pelanggan boleh memilih pelbagai pilihan aksesori eksklusif ALMERA. Aksesori-aksesori premium termasuklah konsol navigasi multimedia (dilengkapi dengan kamera pandang belakang, pemain DVD, sambungan iPod, USB dan keupayaan Bluetooth), ‘LED kicking plate’ dan kerusi saduran kulit yang mewah.
Nissan ALMERA turut hadir bersama penampilan lebih dinamik, signifikan dan tanda individu menerusi alat ganti sports IMPUL Motor Racing Development. Ia menampilkan komponen-komponen eksklusif yang telah direka khas untuk memenuhi keadaan jalan raya di Malaysia. Pakej Talaan IMPUL disediakan untuk semua gred ALMERA cuma dengan kos tambahan sebanyak RM9,500.00. Nissan ALMERA yang serba baharu itu didatangkan sekali dengan tempoh jaminan 3 tahun atau jarak perbatuan 100,000 km (yang mana tiba terlebih dahulu).
Bagi menjadikan jentera itu lebih personal, para pelanggan boleh memilih Aksesori Pilihan ALMERA yang ditawarkan untuk varian Nissan ALMERA Talaan IMPUL dan Nissan Almera standard.
Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Tan Chong Motor Holdings Berhad, Dato’ Tan Heng Chew dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa pelancaran Nissan ALMERA merupakan peristiwa penting bagi syarikat itu kerana ia menandakan kemasukan Tan Chong Motor dalam sedan segmen B. Tan Chong telah membina warisan dan nama yang kukuh buat semua rakyat Malaysia sejak tahun 1957 sebagai sebuah pengedar kereta yang amat dikenali untuk menawarkan sedan-sedan kompak pada harga yang berpatutan.
“Tan Chong sememangnya telah menjadi sebagian daripada pembinaan bangsa Malaysia sejak Merdeka lagi. Dari generasi Sunny, kemudian zaman Sentra dan kini kami meneruskan warisan ini melalui sebuah sedan segmen B yang baharu. ALMERA terbaharu ini membuktikan komitmen berterusan kami dalam menawarkan pemilikan kenderaan yang lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang,” jelas Dato’ Tan.
Nissan ALMERA ditawarkan dalam tiga gred berbeza iaitu E, V & VL serta versi lebih sporty, Nissan ALMERA Talaan IMPUL. Nissan ALMERA dibina di atas platform versatil “V” global baharu yang menggunakan kerangka ringan dan tegar. Kereta itu dikuasakan oleh enjin HR15DE terbaharu Nissan bersesaran 1.5 liter yang menampilkan sistem Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) dengan kecekapan bahan api yang cemerlang iaitu 14.9km/l untuk transmisi automatik dan 15.9km/l untuk transmisi manual (kitaran gabungan berdasarkan ujian Nissan) serta pemanduan yang mantap.
Nissan ALMERA dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti front airbags, anti-lock braking system (ABS), electronic brake distribution (EBD), brake assist dan ISOFIX Child Seat System, bergantung pada gred masing-masing. Semua gred Nissan ALMERA ditawarkan dalam pilihan warna emas (Bronze Gold), hitam (Sapphire Black), kelabu (Twilight Grey), perak (Tungsten Silver) dan putih (Brilliant White).
Nissan ALMERA telah menerima pelbagai kejayaan sejak dilancarkan pada tahun 2010, terutamanya di Amerika Syarikat, Thailand dan China. Sedan itu telah terjual lebih 500,000 unit di seluruh dunia. Tan Chong yakin bahawa Sedan Global Terlaris Nissan itu mampu memberi impak dalam pasaran Malaysia. Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata, sebagai tambahan kepada warisan hebat dan reputasi Nissan dalam aspek kualiti produk serta perkhidmatan yang tiada bandingan, para pelanggan pasti akan tertarik dengan harga Nissan ALMERA, di samping ciri-ciri yang ternyata lebih banyak (Surprisingly More).
“Para pelanggan pasti akan terkejut dan gembira dengan reka bentuk mewah, ciri-ciri dan keselesaan yang memberikan lebih gaya, teknologi serta ruang. Nissan ALMERA bukan sekadar direka bentuk dengan penuh gaya, malah apa yang membezakannya dengan pesaing lain adalah ciri-ciri premium yang dimilikinya. Sebagai contoh, ruang kaki dan but yang terbaik dalam kelasnya serta pelbagai teknologi premium,” jelas Dato’ Dr Ang.
Beliau turut menjelaskan bahawa selain daripada harga Nissan ALMERA yang menarik, unsur-unsur lain seperti penggunaan bahan api yang ekonomi, selang servis pada setiap 10,000 km dan kos alat ganti yang berpatutan adalah pendorong utama menjadikan jumlah kos pemilikan ALMERA menjadi amat memberangsangkan.
Dinobatkan oleh Interbrand’s Best 100 Global Brands sebagai jenama automotif paling pantas berkembang pada tahun 2012 baru-baru ini, Nissan telah mengembangkan nilai jenamanya sebanyak 30 peratus, jauh daripada purata industri automotif iaitu 11 peratus. Presiden Nissan Motor Asia Pacific Co. Ltd., Takayuki Kimura menyifatkan kejayaan Nissan adalah hasil daripada komitmen rakan-rakannya seperti Tan Chong.
“Tan Chong ialah rakan yang amat penting dan bernilai untuk perniagaan kami. Ia juga merupakan tulang belakang kepada pertumbuhan Nissan di rantau ini. Kami berbesar hati terhadap usaha berterusan mereka untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
Pada tahun ini, terima kasih kepada komitmen mereka untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, Nissan telah berjaya menduduki tempat No. 1 dalam Kaji Selidik Indeks Kepuasan Jualan J.D. Power Asia Pacific 2012 Malaysia. Kami percaya bahawa Nissan ALMERA akan menandakan satu lagi detik pencapaian hebat dalam kerjasama rapat di antara Nissan dan Tan Chong selama 55 tahun,” ulas Kimura.