- Back to Home »
- Out the malaysian »
- Selamat Tinggal-Pengeluaran Volkswagen Kombi akan dihentikan selepas 63 tahun kitaran hayatnya
Posted by : Jobseekers
Rabu, 7 November 2012
Volkswagen Kombi, sebuah model ikonik yang masih dijual di pasaran Brazil akan menemui penamat kitaran hayatnya pada penghujung tahun depan, selepas membuat kemunculan selama 63 tahun bermula dari tahun 1950 di negara kelahiran asalnya Jerman.
Menurut laporan GoAuto.com.au dan majalah Car and Driver, contoh terakhir Kombi akan dikeluarkan dari kilang Sao Bernardo del Campo di Brazil. Volkswagen menjual Kombi di pasaran Brazil sejak tahun 1957, dan pengeluaran semasanya berdasarkan fasa 2 dari model T2 yang dibangunkan di Jerman antara tahun 1967 dan 1979.
Keputusan menamatkan pengeluaran Kombi disebabkan oleh pengenalan standard keselamatan yang lebih ketat di Brazil bagi setiap kenderaan yang dijual mulai 1 Januari 2014, yang mana ianya perlu dilengkapi dua beg udara depan dan sistem brek dengan ciri ABS.