Archive for Oktober 2012

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus



01. Kelab Terbaik - Sime Darby FC

02. FA Terbaik - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)

03. Pemain Harapan Terbaik - Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)

04. Jurulatih Terbaik - B. Sathianathan (ATM)

05. Penyerang Terbaik - Nor Shahrul Idlan Talaha (Kelantan)

06. Pemain Tengah Terbaik - Mohd Safiq Rahim (Selangor)

07. Pertahanan Terbaik - Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)

08. Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

09. Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh - Nor Shahrul Idlan Talaha (Kelantan)

10. Kelab Penyokong Terbaik - Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

11. Pemain Import Terbaik - Marlon Alex James (ATM)

12. Pengadil Terbaik - Nafiz Abdul Wahab



Apa pandangan anda?

Rabu, 31 Oktober 2012
Posted by Jobseekers

Spesis ular yang macam.....

Pakar di Brazil menemui satu spesies ular baru di hutan Amazon. Uniknya, ular tersebut dikatakan buta dan berbentuk seperti alat zakar lelaki, Atretochoana eiselti, nama yang diberikan untuk spesies tersebut, ditemui di dasar sungai Madeira di Rondinia, Brazil.Sebenarnya haiwan ini ditemui pada bulan November tahun lepas di dam yang bersambung dengan sungai Amazon. Namun hanya diumumkan setelah para pakar  mampu mengenalpasti jenis ular tersebut.Namun begitu, hampir tidak ada maklumat lain selain daripada diketahui haiwan ini tidak memiliki paru-paru dan kaki serta panjang 1 meter. Mereka menyimpulkan bahawa haiwan ini mempunyai kaitan erat dengan salamander dan katak, namun dari segi penampilan lebih mirip ular.Dari 6 ekor yang kami temui, satu mati, 3 dibebaskan kembali ke hutan, dan 2 masih kami jaga untuk penelitian ujar seorang pakar yang terlibat dalam kajian, Julian Tupan dari Santo Antonio Energy. Meskipun kelihatan seperti ular, haiwan ini bukanlah reptilia dan lebih menunjukkan kaitan dengan salamander dan katak. Selain itu peneliti juga belum dapat menentukan jantina ular tersebut. Haiwan ini tidak memiliki mata yang terlihat seperti ular,dikatakan, haiwan ini buta. Ia hidup di kawasan berair yang hangat dan mengalir deras dan bernafas menggunakan kulit.




Posted by Jobseekers

Dr. Halina Kini Bertudung


Berita perkhabaran isteri kepada angaksawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Halina Yunos telah bertudung itu benar, dan beberapa keping gambar Dr. Halina bertudung sudah pun tersebar melalui laman sosial.

Mungkin ini pengorbanan Dr. Halina untuk ke arah itu setelah berkahwin dengan Dr. Sheikh Muszaphar. Dan anaknya juga, Sophea Isabella sudah pun makin membesar dengan usia setahun lebih.

Selain daripada Sophea Isabella akan dapat adiknya yang masih dalam kandungan Dr. Halina berusia 3-4 bulan.





Posted by Jobseekers

Neelofa seksi baju ketat tu....








Posted by Jobseekers

Fida Ibrahim, Zallif Sidek bercinta?Yeke ni.....



Setelah berpisah dengan Mamat Sepah beberapa lama yang dahulu yakni setahun yang lalu, bekas kekasihnya itu, Fida Ibrahim mengakui rapat dengan pelakon, Zalif Sidek.

Sebelum itu Fida juga dikatakan menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan, yang bergelar 's' namun ianya menemui jalan buntu.

Dan kini pelakon komedi berkenaan menjadi pilihan Fida kerana sifat periangnya dan jenakanya. Apa-apa pun semoga berbahagia lah ya Fida, jangan lama-lama berpacaran, terus masuk meminang ok. 
"Kami baru berkawan rapat dan belum ke tahap bercinta. Rasanya tak salah kalau saya bagi peluang kepada dia (Zalif). Lagi pun, masing-masing masih solo.

"Dia seorang lelaki yang budiman. Saya suka dengan keberanian dan keikhlasannya mahu mengenali saya dengan lebih mendalam, 

"Mungkin secara kebetulan sahaja Zalif dan Mamat adalah pelakon komedi. Hakikatnya, saya memang mudah tertarik dengan lelaki yang suka berjenaka dan periang.

"Kalau saya tertekan dengan kerja, Zalif pandai membuat saya ketawa. Dia membuatkan saya berasa selesa apabila kami berjumpa," -ujar Fida. 
Posted by Jobseekers

Wanita tercantik di Malaysia 2012


Jom kita tengok siapakah wanita tercantik di Malaysia 2012. Gelaran wanita tercantik di Malaysia 2012 kini dipegang oleh Carmen Soo, selepas mengenepikan pencabarnya iaitu Juliana Evans dan Diana Danielle. Carmen Soo ialah seorang artis dan model Malaysia berusia 33 tahun, berbangsa Cina dan fasih bertutur Bahasa Malaysia. Pada tahun lepas, gelaran wanita tercantik di Malaysia dipegang oleh Ayu Raudah. Apa yang mengejutkan tahun ini ialah Neelofa tidak tersenarai dalam kategori 10 wanita tercantik di Malaysia. Agak pelik bukan !! Apapun, itulah realitinya.




Selasa, 30 Oktober 2012
Posted by Jobseekers

Peguam yang tekanan dengan suaminya nekad terjun dari bangunan HUS-



KUCHING - Seorang peguam wanita bertindak nekad dengan terjun dari tingkat sembilan Hospital Umum Sarawak di sini kerana kecewa dengan tindakan suami yang mahu menceraikannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.

Bagaimanapun dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, peguam berumur 30 tahun itu hanya patah tangan kiri apabila dia tersangkut di tingkat empat bangunan sama.

Menurut sumber, sebelum itu mangsa yang menetap di Tabuan Jaya di sini telah dikejarkan ke hospital oleh ibunya selepas dia mengadu sakit pada dada.

"Dia yang sepatutnya dimasukkan ke wad selepas menerima rawatan awal, tiba-tiba memberi alasan untuk ke tandas.

"Namun dia tidak kembali semula ke wad selepas hampir setengah jam sehingga keadaan menjadi kelam-kabut selepas ibunya mendapat tahu mangsa terjun tetapi tersangkut di atas bumbung tingkat empat hospital berkenaan," katanya di sini semalam.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang ingin dikenali sebagai Azizie berkata, dia terdengar bunyi jeritan dan bunyi benda jatuh dua kali ketika dia sedang bertugas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supritendan Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes itu sebagai cubaan membunuh diri.

"Siasatan awal percaya mangsa memang berniat untuk membunuh diri kerana mempunyai masalah peribadi, namun motif sebenar kejadian masih disiasat.

"Mangsa kini dirawat di Unit Penjagaan Rapi (ICU) hospital berkenaan," katanya.
Posted by Jobseekers

Amil bangsat janji hapus dosa RM81,000



JOHOR BAHRU - Bicara manis penuh muslihat seorang lelaki berperwatakan alim kononnya boleh menjamin seseorang masuk syurga menyebabkan seorang wanita terpedaya hingga memaksa mangsa menyerahkan RM81,000 sebagai upah menghapuskan dosa.

Ketika mendedahkan perkara itu, anak mangsa yang mahu dikenali sebagai Zana, 31, memberitahu, segalanya bermula apabila ibunya yang berusia 72 tahun bertemu dengan lelaki yang mengaku dirinya sebagai amil zakat berumur lingkungan 40-an di Plaza Angsana di sini pada Julai lalu.

Katanya, pada pertemuan itu, ibunya telah memberikan wang selepas amil yang dikenali sebagai Nizam Idris (gambar kecil) tersebut mendakwa dia mengutip zakat dan mengambil sumbangan untuk anak yatim, warga tua dan golongan orang kelainan upaya.

"Sejak itu, ibu seperti orang yang telah dipukau dan menyerahkan wang kepada Nizam kira-kira RM81,000 hingga sanggup mengetepikan keluarga sendiri semata-mata menurut kata lelaki berkenaan.

"Lelaki itu mendakwa dia melihat kami sekeluarga dimasukkan ke dalam neraka dan untuk mengelakkan perkara itu, ibu harus membayar sejumlah wang bagi penebus dosa sekali gus dapat merasai nikmat syurga," ceritanya kepada Kosmo! semalam.

Tambahnya, lebih membuatkan mereka naik mual dengan pembohongan Nizam ialah lelaki itu meramalkan hari kiamat akan berlaku dalam tempoh terdekat manakala ibunya akan meninggal dunia pada 24 Julai tahun depan.

"Disebabkan itu, ibu menjadi cemas dan menyerahkan wang kononnya Nizam dapat membersihkan diri ibu daripada dosa," katanya.

Menurut suri rumah itu, dia sekeluarga telah mencuba pelbagai cara untuk menyedarkan ibunya mengenai pembohongan dan lakonan licik Nizam tetapi malangnya wanita itu bukan sahaja manafikannya malah, memberitahu Nizam merupakan lelaki yang baik.

"Ada antara kami pernah terserempak dengan ibu yang sedang menjual semua barangan kemas sambil ditemani Nizam dan sampai satu tahap, ibu berhajat mahu menjual banglonya di Stulang Laut di sini bernilai RM500,000 tetapi sempat dihalang," katanya yang memberitahu hasil jualan itu akan diberikan kepada Nizam.

Ujar Zana, mereka sekeluarga yang tidak mahu ibunya terus ditipu telah membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini Sabtu lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, polis telah menahan lelaki berkenaan pada hari pihaknya menerima laporan.

"Suspek kemudian telah dibebaskan selepas keterangannya diambil. Buat masa ini, tidak banyak yang boleh kami lakukan kerana mangsa sendiri tidak mengaku dia telah ditipu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Zainuddin bagaimanapun meminta mana-mana individu yang turut menjadi mangsa menggunakan modus operandi sama menghubungi polis Johor Bahru Utara di talian 07-221 2999 bagi membantu siasatan.
Posted by Jobseekers

Haramkan hisap shisha lah kalau berani - CAP




KUALA LUMPUR 29 Okt. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan aktiviti menghisap shisha yang dikatakan sama bahayanya dengan merokok.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, langkah segera harus diambil oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran berikutan gejala menghisap shisha semakin popular dalam kalangan remaja ekoran kewujudan begitu banyak premis dan kedai yang menyediakan kemudahan tersebut.

"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap shisha mempunyai risiko yang sama seperti merokok. Seorang penghisap shisha akan menyedut sebanyak 50 hingga 200 kali atau bersamaan 0.15 hingga 1 liter asap selama 20 hingga 80 minit.

"Mereka yang merokok pula menyedut lapan hingga 12 kali bersamaan 0.5 hingga 0.6 liter asap selama lima hingga tujuh minit. Kedua-duanya menyebabkan ketagihan kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utamanya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Kredit:-Utusan Malaysia
Posted by Jobseekers

Model baharu Kawasaki Z800 buat kemunculan rasmi di pasaran Malaysia....

Boleh dikatakan suatu kejutan buat peminat-peminat motosikal berkuasa tinggi di negara kita apabila Kawasaki Malaysia melancarkan sebuah model baharu Kawasaki Z800 sewaktu pelancaran Ninja 250R 2013 baru-baru ini. Motosikal 'naked' Kawasaki Z800 baharu dikatakan model pengganti kepada generasi popular sebelumnya iaitu Kawasaki Z750.

Hadir dengan kuasa kuda setinggi 113PS@10,200rpm dan tork maksimum 83Nm@8,000rpm, Kawasaki Z800 baharu ditawarkan pada harga runcit kompetetif sebanyak RM47,989.00. Menurut pengedarnya, Kawasaki Z800 di pasaran Malaysia merupakan versi pemasangan tempatan (CKD), tetapi menurut maklumat lain, Z800 sebenarnya dipasang di Thailand sebelum diimport masuk ke pasaran Malaysia.



Posted by Jobseekers

'Torres wajar diberi kad merah'




LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson membidas tindakan Fernando Torres sambil menyifatkan penyerang Chelsea itu wajar dilayangkan kad merah gara-gara sengaja menjatuhkan badan.

Kata-kata Ferguson itu hadir sebaik kedua-dua pasukan berentap dalam saingan Liga Perdana England awal pagi semalam yang berkesudahan United menang 3-2.

Dalam aksi 'panas' di Stamford Bridge itu, gol jaringan pemain gantian United, Javier Hernandez pada penghujung babak kedua menjadi pemisah kedua-dua pasukan yang terdahulu terikat 2-2.

Selepas kehilangan Branislav Ivanovic yang dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Ashley Young pada pertengahan babak kedua, The Blues bertambah tertekan apabila Torres didakwa sengaja menjatuhkan badan ketika diasak Jonny Evans pada minit ke-68.

Disebabkan itu, pengadil perlawanan, Mark Clattenburg melayangkan kad kuning kedua terhadap Torres yang terlebih dahulu dilayangkan kad kuning pertama apabila mengasari Tom Cleverley.

Ia jelas membangkitkan kemarahan rakan sejawatan Ferguson, Roberto Di Matteo sehingga menyebabkan kedua-dua pengurus itu dilaporkan bertikam lidah di tepi padang.

Biarpun mengakui terdapat sentuhan yang dilakukan Evans terhadap Torres, Ferguson sebaliknya menegaskan, Torres tidak sepatutnya bertindak keterlaluan.

"Torres sepatutnya meneruskan larian kerana dia hanya disentuh sedikit oleh Evans. Dia sepatutnya boleh terus berlari dan menjaringkan gol.

"Saya tidak faham mengapa dia menjatuhkan badan. Bagi saya, Torres wajar dilayangkan kad merah," kata Ferguson.

Dalam perlawanan itu, United terlebih dahulu di depan apabila tonggak pertahanan Chelsea, David Luiz menjaringkan gol sendiri pada minit keempat sebelum Robin van Persie menggandakan kelebihan pelawat.

The Blues kembali bangkit apabila Juan Mata dan Ramires berjaya mengikat kedudukan 2-2 sebelum malapetaka dilihat menimpa Chelsea sebaik kehilangan Ivanovic dan Torres.

Evans pula memberitahu: "Ketika itu, saya tidak sedar melakukan sentuhan terhadap Torres, mungkin ia hanya pelanggaran kecil.

"Mungkin, Torres menjatuhkan badan apabila melihat bola agak jauh darinya," kata Evans.

Apa yang pasti, insiden itu pasti menghangatkan lagi pertembungan kedua-dua pasukan yang bakal bertemu semula dalam pusingan keempat Piala Liga di Stamford Bridge awal pagi Khamis ini.

"Saya tidak tahu hendak cakap apa, kepada pengadil perlawanan (Khamis ini), saya hanya boleh ucapkan selamat maju jaya," kata Ferguson. - Agensi

Kosmo
Posted by Jobseekers

Lelaki kasanova kini seperti cacing kerawit yang kepanasan



JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang menyamar sebagai jurutera dan menggunakan laman web mencari jodoh Myjodoh.net untuk memperdaya wanita bagi mengaut untung mudah kini bagai cacing kepanasan apabila meminta semua kekasihnya supaya menarik semula laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Menurut salah seorang bekas kekasihnya, Salsabila, 20-an, Marzuki kini ketakutan apabila perbuatan buruknya itu sejak tahun 2009 terbongkar dan disiarkan di akhbar.

"Lelaki itu sedang panas, telefon semua orang merayu-rayu minta mereka gugurkan laporan polis yang dibuat.

"Tapi percayalah, kami tak akan mengalah begitu sahaja," katanya ketika memaklumkan hal itu kepada Kosmo!

Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki yang berasal dari Terengganu didakwa memperdaya wanita-wanita bujang serta janda berumur 20-an hingga 30-an terutamanya yang berbadan besar, montok dan gebu yang dijerat melalui laman web MyJodoh.net untuk mengikis wang.

Lelaki yang mendakwa mempunyai talian persaudaraan dengan seorang Exco kerajaan negeri Terengganu itu terlebih dulu menabur janji untuk berkahwin dengan mangsa sebelum menipu wang mereka.

Dia juga dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan 20 orang wanita dan berjaya mengumpul kekayaan mencecah RM1 juta hasil duit sebagai kasanova.

Sementara itu, seorang lagi mangsa berkata, dia turut dihubungi Marzuki yang tiba-tiba bersumpah untuk berkahwin dengannya.

"Saya dah tak peduli kerana saya akan berjumpa dengan polis hari ini (semalam) untuk memberi keterangan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang," katanya.

Dalam pada itu, Salsabila memberitahu, dia sudah pun memanjangkan kes penipuan lelaki bernama Marzuki yang turut menggunakan nama lain iaitu Amir kepada pengendali laman web MyJodoh.net.

Dalam reaksi segera jurucakap laman web berkenaan, pihaknya memandang serius perkara itu.

"Laman web ini sebenarnya telah banyak menyatukan pasangan hingga ke gerbang perkahwinan dan kami kesal kerana ada pihak yang mengambil kesempatan menipu orang lain," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali mengesahkan menerima laporan daripada beberapa mangsa kes ini.

"Kita sedang giat mencari suspek dan pada masa sama telah memanggil pengadu-pengadu untuk melakukan siasatan menyeluruh.

"Polis turut menggesa wanita-wanita lain yang pernah terjerat dengan lelaki kasanova itu tampil ke depan membuat laporan," tegasnya.

Kredit-Kosmo
Posted by Jobseekers

Kawasaki Malaysia lancar Ninja 250R 2013 - harga RM22,589.00......Order Sekarang




Rasanya ramai yang sudah sedia maklum mengenai pelancaran model baharu Kawasaki Ninja 250R 2013 pada tarikh 11hb. Oktober 2012 baru-baru ini, yang berlangsung di Sunway Convention Centre, Kuala Lumpur. Untuk pasaran Malaysia, generasi baharu Kawasaki Ninja 250R itu ditawarkan pada harga RM22,589.00.

Berbanding generasi sebelumnya, ramai yang memberikan komen positif berkenaan reka bentuknya yang dikatakan lebih mantap dan sporti bagaikan sebuah model dengan enjin bersesaran lebih besar. Dijangkakan Kawasaki Ninja 250R 2013 bakal mendapat sambutan hangat daripada peminat motosikal dalam kategori 'sportbike' kerana harganya yang lebih mampu milik.
Posted by Jobseekers

STATUS FACEBOOK BERKENAAN RAYA KORBAN PALING Ngang Abadi

Orang Singaporean ngang abadi

Blogserius
Isnin, 29 Oktober 2012
Posted by Jobseekers

VISA INFINITE : KAD KREDIT EMAS BERTATAHKAN PERMATA....Sape mampu ni

Bagaimanakah bank menghargai pelanggan mereka? Ada yang menghadiahkan kereta dan telefon pintar. Ada juga yang memberikan jongkong meas kepada pelanggan mereka yang setia. Sberbank dari Kazakhstan menghadiahkan 100 pelanggan paling setia mereka dengan kad kredit Visa Infinite ayng diperbuat dari emas dan bertatahkan 26 permata berjumlah 0.17 karat. Antara kelebihan kad kredit ini ialah had kredit tanpa batasan, pertolongan insuran dan guaman peribadi dimana sahaja di dunia. Ianya diberikan kepada pelanggan mereka yang paling kaya dan menjadi simbol status elitis mereka di muka bumi. Kad kredit Visa Infiniite ini ialah kad kredit emas dan permata pertama dunia dan jika anda mendambakannya silalah melawat negara kelaharian Borat Sagdiyev



Posted by Jobseekers

PUSAT DATA GERGASI MILIK FACEBOOK TU.....

Hambik ko bapak besar natang Mark Zuckerberg nih....




Kredit: Blogserius
Posted by Jobseekers

Ulang tahun Perkahwinan ke 25


Sewaktu merayakan ulangtahun perkahwinan yang ke 25 tahun, seorang isteri mengingatkan suaminya: "Apakah kamu masih ingat sewaktu kamu melamarku, aku begitu terkesima sehingga aku tidak bisa berbicara selama 1 jam?"

Suaminya menjawab:

"Ya, sayang, itu adalah 1 jam paling bahagia dalam hidupku..."
Posted by Jobseekers
Tag :

Pergerakan jemaah haji Ke Mina Bermula



MEKAH – Lebih dua juta jemaah haji mula menunaikan ibadah haji yang secara rasmi bermula semalam selepas tiba di Mekah seminggu lalu.

Jutaan jemaah kini menuju ke Mina untuk bermalam sebelum menuju ke Arafah bagi menunaikan wukuf

Antara mereka termasuk 28,000 jemaah haji Malaysia yang mula bergerak ke Mina dan Padang Arafah untuk berwukuf esok.

Jalan-jalan utama di kota Makkah kini sesak teruk dengan kenderaan yang membawa jemaah haji dari seluruh dunia bagi menunaikan ibadah berkenaan.

Pergerakan jemaah haji Malaysia bermula pada pukul 12.30 tengah hari (waktu Arab Saudi) melalui perjalanan sejauh 20 kilometer.

Jemaah haji Malaysia menuju ke Mina dan Arafah dengan menaiki bas dengan perjalanan tersebut berakhir pukul 12 tengah malam tadi.

Pengurus Media Tabung Haji, Mohamad Naser Jaffar berkata, 800 petugas Tabung Haji digerakkan secara berperingkat seawal jam 7.30 pagi bagi memastikan persedian awal dilakukan bagi menerima ketibaan jemaah haji Malaysia.

Dalam pada itu, kebanyakan jemaah haji sudah mula menuju ke Mina pada malam kelmarin selepas selesai melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.

Kerajaan Arab Saudi yang memberi keutamaan kepada keselamatan para jemaah telah mengerahkan beribu-ribu anggota keselamatan di Mekah, Mina, Arafah dan Muzdalifah.

Satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi kelmarin memberitahu, kesemua jemaah haji bergerak ke Mina dengan lancar tanpa sebarang halangan. – Agensi
Khamis, 25 Oktober 2012
Posted by Jobseekers

Salute!!! Sara hidup dengan RM3 sehari...



BANDAR RAYA GUATEMALA - Beberapa orang pelajar kolej Amerika Syarikat (AS) menghabiskan musim panas mereka dengan menetap di Guatemala berbekalkan perbelanjaan harian cuma AS$1 (RM3).

Jumlah itu merupakan pendapatan harian golongan miskin di negara Amerika Tengah berkenaan dan lebih 1 bilion penduduk di seluruh dunia.

Dua pelajar terbabit, Chris Temple dan Zach Ingrasci kemudian menerbitkan sebuah filem, Living on One untuk menceritakan pengalaman mereka.

Bercorak dokumentari, filem itu memaparkan kesukaran mereka membeli makanan, selain terpaksa membayar bil dan menangani situasi kecemasan apabila seorang daripada mereka jatuh sakit dengan berbekalkan wang yang sedikit itu.

Living on One juga cuba memaparkan cara penduduk miskin tegar menguruskan wang mereka dan bagaimana skim mikro kredit dapat membantu meringankan beban golongan tersebut.

"Kami percaya jika kami sendiri berbelanja cuma AS$1 sehari, kami dapat memaparkan dengan lebih jelas kepada penonton tentang kesukaran yang dialami penduduk miskin dalam menjalani kehidupan harian," kata Temple.

Untuk kajian sosial berkenaan, dua pelajar Kolej Claremont McKenna di California itu tinggal menyewa selama 56 hari di sebuah pondok usang di kampung Pena Blanca pada 2010 bersama dua pelajar lain, Sean Leonard dan Ryan Christoffersen.

Perkampungan tersebut terletak di sebuah kawasan tanah tingi di Guatemala.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka membelanjakan wang sebanyak AS$224 (RM683.30 ) atau bersamaan AS$1 untuk setiap seorang selama 56 hari.

Wang itu digunakan untuk membeli kayu api, beras, kacang dan makanan ruji lain di samping sewa pondok. Pondok itu tidak mempunyai bekalan air paip. Kumpulan pelajar itu juga terpaksa mencuri tenaga daripada talian elektrik bagi menjana bateri kamera video mereka. - Agensi
Posted by Jobseekers

Liverpool cuba elak kalah


PARIS - Liverpool dijangka berdepan tugas sukar pada aksi Kumpulan A kempen Liga Europa menentang kelab Rusia, Anzhi Makhachkala di Stadium Anfield awal pagi esok.

Skuad kendalian Brendan Rodgers itu perlu mengelak daripada mengalami kekalahan kedua berturut-turut di laman sendiri selepas dikejutkan Udinese 2-3, 4 Oktober lalu.

Sekiranya Liverpool tewas kepada Anzhi, ia akan menjadi sejarah terburuk buat skuad The Reds di pentas Eropah apabila tewas dua perlawanan berturut-turut di gelanggang sendiri.

Anzhi yang dilabel kelab terkaya di Rusia memulakan kempen musim ini dengan cemerlang, sekali gus mengungguli tangga teratas dalam saingan Liga Perdana Rusia.

Skuad bimbing Guus Hiddink yang masih belum kalah sepanjang lapan perlawanan di Eropah itu pasti akan menjadi ancaman kepada Liverpool.

Pada aksi Liga Perdana England menentang Reading, Sabtu lalu, bintang muda Liverpool, Raheem Sterling muncul wira apabila meledak gol tunggal perlawanan untuk menghadiahkan kemenangan 1-0 skuad The Reds dan pertama pasukan itu di gelanggang sendiri.

"Perkara yang paling mencabar adalah berusaha untuk mengekalkan tahap prestasi Sterling seperti sekarang kerana dia mampu menjadi pemain bertaraf dunia pada masa hadapan.

"Perjalanannya masih jauh tetapi buat masa ini, dia beraksi dengan baik.

"Ketika ini, saya tidak terlalu bimbang mengenai Sterling. Dari awal sehingga ke hari ini, aksinya sangat menakjubkan," kata Rodgers.

Sementara itu, pengurus Newcastle United, Alan Pardew akan menggunakan saingan Liga Europa musim ini sebagai medan bagi menguji kemampuan barisan pemainnya yang kurang berpengalaman.

Shane Ferguson menerima pujian daripada Pardew selepas mampamerkan aksi cemerlang ketika membantu Newcastle menewaskan Bordeaux 3-0.

Newcastle yang kini memimpin carta Kumpulan D akan melayan kunjungan kelab Belgium, Club Brugge di St James' Park awal pagi Jumaat ini. - AFP




Posted by Jobseekers

Pelajar maut tengkuk patah ditindih rakan-rakan



ALOR GAJAH – Perang mulut antara dua pelajar berlainan sekolah yang sering ejek-mengejek antara satu sama lain ketika menunggu dan menaiki bas sampai ke kemuncaknya apabila salah seorang daripada mereka mati selepas tengkuknya patah akibat ditindih dengan lutut semalam.

Kejadian pukul 2.30 petang di stesen bas Pulau Sebang, Tampin di sini itu mengakibatkan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Pulau Sebang, K. Saravannan, 14, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin.

Ekoran itu, polis menahan dua pelajar masing-masing berusia 14 tahun empat jam kemudian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. Sabit kesalahan, mereka boleh dihantar ke pusat tahanan Henry Gurney, Melaka untuk satu tempoh yang ditetapkan mahkamah.

Kedua-dua suspek merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansur Shah di sini. Kedua-dua sekolah itu terletak bersebelahan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd. Rahman Jid berkata, pergaduhan tercetus apabila mangsa yang sedang melepak di tingkat satu bangunan itu sementara menunggu bas untuk pulang ke rumah ibu saudaranya di Rembia di sini didatangi dua suspek berkenaan.
Posted by Jobseekers

TMJ dan Fazura


Alahai manjanya pelakon cantik, Fazura di sisi buah hatinya, Tengku Mahkota Johor. Bagai pinang dibelah dua, sama kacak sama lawa
Bilalah agaknya mereka akan menamatkan zaman bujang. Tidak elok perkara baik dilambatkan, takut nanti ada orang yang;dengki pula
Bukan apa, menerusi gambar yang dimuat naik dari laman Facebook ni, ada insan yang mula cemburu dengan Tengku Mahkota Johor
Mereka ni perasan yang Fazura tu ibarat kekasih hati mereka
Kelakar pun ada, oleh kerana terlalu obses pelakon kesayangan mereka, ada yang mengatakan sanggup melakukan apa saja demi Fazura.
Biasalah tu, peminat.. Mereka memang sering bercita-cita untuk sentiasa dekat dengan artis kegemaran masing-masing.
Apa-apa pun, kita doakan saja yang terbaik buat mereka


Rabu, 24 Oktober 2012
Posted by Jobseekers

Kesan Buruk Daripada Perbuatan Zina Yang Wajib Kita Ketahui-Astagfirullah




ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.

Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal
.
8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Hukuman Zina
Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu: Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya.

Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.

Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan
1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.

2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.

4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.

5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.

6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.

7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.

8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.

9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.

Bertaubat
Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.

Allah berfirman, mafhumnya:
“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” (Al-Furqaan 25:68) “Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70)

Posted by Jobseekers
Tag :

Topik baru.....Nasi Kukus Kak Nora Terbakar(Belakang Unisel)

 Gambar selepas kejadian
Gambar sebelum kedai ditutup

Kejadian ini berlaku pada jam 1.30 petang dimana ramai pengunjung di kawasan itu,tiba-tiba semasa admin dan rakan-rakan yang lain tengah menjamah selera terdengar suara orang perempuan menjerit.....dan seorang pekerja Bangla telah bergegas berlari ke arah belakang kedai......rupanya untuk mengambil Fire Extinguisher.......rupanya kedai kak nora tersebut sedang dijilat api dengan api yang menjulang tinggi.....tapi yang menghairankan admin semasa kejadian tu pekerja Kedai Kak Nora Nasi Kukus ni telah bertindak dengan memotong hos gas memasak...dan makin bertambah lah kejulangan api tersebut....dimana api itu membakar satu kedai dan pemotong hos tersebut.......tetapi disebabkan kecekapan pekerja Bangla tu yang dari kedai air telah menyelamatkan keadaan dengan memancorkan Fire Extinguisher tadi.......maka kedai tersebut selamat dan pekerjanya hanya mengalami sedikit kecederaan yang agak kurang serius.....dan selepas itu kedai ditutup terus

P/s:Perkara ini harus diajadikan iktibar bersama......
Posted by Jobseekers

IPAD MINI AKHIRNYA DIPERLIHATKAN (12 GAMBAR)

Pagi tadi Apple secara rasminya memperlihatkan iPad Mini. Ianya in all honesty sebuah New iPad (iPad3) yang dikecilkan saiznya dari 10" kepada 7.9". Peranti ini diperkasakan dengan pemproses A5 dan skrin bersolusi 1024 x 768 pixel. Ini bermakna ia mempunyai resolusi yang sama dengan iPad 2. Dari segi rekaan ia mempunyai rekaan bahagian belakang yang menyamai iPhone 5. iPad Mini didatangi dalam dua  warna iaitu putih dan hitam. Storan dalaman pula ialah 16, 32 dan 64 Gigabyte. Ianya akan mula dijual di Amerika Syarikat jumaat minggu hadapan dan harga bermula dari USD 329 (RM 1005) untuk versi WiFi 16 GB dan USD 459 (RM 1400) untuk veris WiFi + 3G 16 Gigabyte. Akhir sekali ianya dilengkapi kamera 5 Megapixel dan kabel lighthing sebagai standard.






Kredit-Blogserius
Posted by Jobseekers

Tu Dia no......Proton Preve ‘hatchback’ sudah mai.....


Sewaktu sidang media memperkenalkan dua model baharu Proton di Australia International Motor Show (AIMS) 2012 baru-baru ini, Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil telah mengesahkan bahawa model Preve dalam versi ‘hatchback’ akan diperkenalkan di pasaran Australia mulai awal 2014.

Melihat kepada kenyataan tersebut, Preve hatchback dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia paling lewat pada pertengahan tahun 2013. Ini bermakna versi prototaip model itu bakal dilihat di jalan raya tidak lama lagi. Namun belum dapat dipastikan sama ada Preve hatchback akan dibekalkan kotak gear manual untuk digandingkan bersama enjin CFE.


Menurut beberapa spekulasi awal sebelum ini, Proton telah membuat keputusan untuk tidak memperkenalkan Preve hatchback CFE versi manual atas alasan permintaan pasaran yang kurang untuk kereta jenis tersebut. Sebagai pembuat kereta, Proton perlu mengutamakan keuntungan berbanding mengeluarkan kereta dalam pasaran ‘niche’ yang sukar memberikan pulangan modal.

Walau apa pun spekulasi yang timbul, prototaip Preve hatchback antara model yang dinantikan-nantikan kemunculannya di jalan raya ketika ini. Jika bernasib baik, kita boleh melihat gambaran awal reka bentuk Preve hatchback dalam tempoh masa 2 atau 3 bulan lagi. Sehingga itu, adakah Proton Preve hatchback mempunyai reka bentuk sama seperti gambaran imej di bawah?





Selasa, 23 Oktober 2012
Posted by Jobseekers

Bagus ni.....PLUS perkenal bengkel bergerak


SEREMBAN - Konsesi lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mewujudkan perkhidmatan bengkel bergerak (WOW) bagi memberi perkhidmatan lebih efisien dalam membantu pengguna lebuh raya yang menghadapi kerosakan kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid berkata, inisiatif itu yang merupakan khidmat sokongan kepada perkhidmatan PLUSRonda sedia ada bertujuan mengelak pengguna lebuh raya daripada menjadi mangsa penipuan trak penunda haram dan bengkel tidak bertanggungjawab yang mengenakan caj melampau.

"Sebelum ini ada pengguna lebuh raya yang mendakwa bahawa mereka diperdaya oleh kumpulan terbabit dengan mengenakan caj bayaran yang tinggi serta melampau ketika mereka mengalami kesulitan di lebuh raya.

"Justeru kita yakin inisiatif WOW ini sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah tersebut sekali gus menjadi langkah proaktif kami untuk melindungi pengguna lebuh raya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan WOW di kawasan Rehat dan Rawat (R&R ) Seremban di sini semalam.


Posted by Jobseekers

Masyuk....Kafa tetap tunaikan


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menunaikan janji mereka untuk menghadiahkan lot tanah kepada barisan pemain The Red Warriors (TRW) selepas mereka berjaya menjulang kejuaraan trebel musim ini.

Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum membuat keputusan mengenai lokasi lot tanah yang akan diberikan kepada pemain atas kejayaan tersebut.

Menurutnya, keputusan mengenai lokasi lot tanah berkenaan akan diputuskan dalam mesyuarat pengurusan sebaik sahaja Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa pulang daripada mengerjakan haji pada hujung bulan ini.

"Buat masa ini Kafa sedang mengenal pasti lokasi terbaik untuk dijadikan lot tanah bagi diagihkan kepada barisan pemain The Red Warriors.

"Kita akan tunaikan apa yang telah dijanjikan kepada pemain sebagai menghargai pengorbanan yang dicurahkan oleh mereka sepanjang kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, kejayaan merangkul kejuaraan trebel ini cukup manis, dan ia akan menjadi sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila oleh pemain dan penyokong Kelantan.

Pada 16 Oktober lalu, akhbar melaporkan bahawa Kafa akan menghadiahkan lot tanah kepada barisan pemain skuad The Red Warriors sekiranya mereka berjaya merangkul tiga kejuaraan termasuk Piala Malaysia.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dalam majlis perjumpaan dan pembahagian bonus kepada pemain skuad Kelantan selepas mereka layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

Difahamkan, setiap lot tanah tersebut dianggar bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000 dan dijangka akan menelan perbelanjaan keseluruhan RM2 juta.

Kelantan menutup saingan Liga M musim ini dengan bergaya apabila menjulang tiga kejuaraan iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, sekali gus melakar kejayaan terbesar dalam sejarah bola sepak di negeri berkenaan.


Kosmo

Aksi pencuri arak dirakam CCTV




KUALA LUMPUR – Sekumpulan lelaki yang melarikan enam botol minuman keras daripada kedai serbaneka, KK Supermart di Batu 5, Jalan Ipoh di sini kelmarin pasti tidak senang duduk apabila aksi mereka telah dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Dalam kejadian pukul 4.40 pagi itu, tiga daripada enam lelaki itu yang menunggang motosikal masuk ke dalam kedai tersebut untuk membeli 24 tin minuman keras berharga RM120.

Penjaga kaunter kedai yang beroperasi 24 jam itu, Mohd. Fareez Zamri, 18, berkata, kumpulan lelaki berusia sekitar 20-an itu bagaimanapun membayar kurang RM10 daripada harga minuman berkenaan.

“Mereka dengan selamba keluar dari kedai dan saya memanggil mereka supaya menjelaskan baki sebanyak RM10 itu.

“Akibat berang dengan permintaan saya itu, salah seorang lelaki menghampiri saya dan menumbuk muka saya,” katanya di sini semalam.

Kosmo
Posted by Jobseekers

Jimmy Choo dilantik sebagai Profesor UiTM


SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) melantik pereka kasut terkenal dan Duta Genovasi, Datuk Dr. Jimmy Choo sebagai Profesor di atas peranan beliau untuk membantu institusi tersebut melahirkan pereka kasut bertaraf dunia.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, melalui pelantikan itu, Jimmy akan bekerjasama dengan pihak universiti dari semasa ke semasa untuk menyumbang kepakaran beliau dan membawa pakar dalam rekaan kasut dari luar negara ke UiTM.

Menurut beliau, sebagai pereka kasut terkenal yang berasal dari Malaysia, adalah satu kerugian sekiranya UiTM tidak menggunakan kepakaran dan kemahiran Jimmy untuk memberi sumbangan kepada anak tempatan.

"Penganugerahan Profesor yang diberi oleh UiTM kepada beliau menandakan kerjasama yang lebih erat antara UiTM dan Jimmy untuk membawa pakar teknologi rekaan kasut dari luar negara ke UiTM pada masa depan," katanya.


Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -