Posted by : Jobseekers Isnin, 14 Oktober 2013


Mazda telah mendedahkan beberapa info mengenai model terbaru mereka, Axela / Mazda 3 Hibrid. Model tersebut dikatakan bakal berada di pasaran Jepun pada 21st November, akan dijanakan oleh enjin 2.0 liter SKYACTIV-G empat silinder, motor elektrik serta digabungkan dengan transmisi CVT. Kombinasi ini membolehkan model ini mencatatkan penggunaan bahan bakar 3.2liter per 100km.

Mazda menolak untuk mendedahkan info yang lebih lengkap tentang speaifikasi, namun dari gambar-gambar (seperti di bawah), model tersebut bakal menerima paparan meter cluster yang baharu. Keluasan bonet juga kelihatan lebih kecil berbanding model Mazda 3 2014.

Mazda 3 Hibrid ini boleh didapati dengan varian sedan dan harga bermula dari ¥2,373,000 (termasuk cukai).

Harapnya Bermaz akan turut melancarkan model ini disamping model Mazda 3 2014 yang dinanti-nantikan peminat Mazda.










Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -