- Back to Home »
- Local Malaysia , Malaysian Car Liking , Technology , Toyota , Youngsters »
- Yang Ditunggu->Toyota Harrier 2014 – gambar rasmi didedahkan
Posted by : Jobseekers
Isnin, 14 Oktober 2013
Toyota telah mengeluarkan beberapa keping gambar Toyota Harrier 2014, dan mungkin syarikat automotif dari Jepun itu mungkin akan membuat kemunculan sulung model terbaru Harrier ini di Pameran Motor Tokyo (Tokyo Motor Show), yang bermula November ini.
Model ini dibina asas dari Lexus RX dengan sedikit pengubahsuaian pada badannya, bakal dijual secara khusus di pasaran Jepun. Pengubahsuaian yang ketara di bahagian hadapan berbanding RX, dilengkapi dengan set lampu hadapan yang digelapkan, intake udara yang besar serta gril hadapan yang berkilat; menonjolkan lagi gaya perkasa Harrier baharu ini. Pada bahagian belakang pula, lampu belakang yang langsing dan juga spoiler yang dipasang di bumbung.
Info rasmi mengenai kuasa dan prestasi masih lagi tidak dapat dipastikan buat masa sekarang, namun kita bakal mengetahui dalam masa terdekat memandangkan model ini akan berada di bilik-bilik pameran pada musim sejuk ini (winter). Jika dilihat gambar (seperti di bawah), menunjukkan terdapat tanda “Hybrid Synergy Drive”, ini menunjukkan Toyota merancangkan untuk menawarkan varian mesra alam (eco-friendly), yang mana bakal menggunakan enjin 3.5 liter V6 yang terdapat pada RX 450h digabungkan dengan dua motor elektrik serta bateri Ni-MH. Sistem yang dikongsikan dari Lexus ini, gabungan enjin dan motor elektriknya menghasilkan 295bhp. Versi lexus memerlukan 7.8 saat untuk memecut dari 0-100km/h dan mencatatkan kelajuan maksimum 200km/h.