- Back to Home »
- Malaysian Car Liking , Mazda , Out the malaysian , Sports , Youngsters »
- Mazda 2 Elegance New facelift tapi hanya untuk di Thailand sahaja
Posted by : Jobseekers
Khamis, 17 Oktober 2013
Dilengkapi lampu hadapan 4-beam projector yang mana agak unik untuk model kereta didalam kelasnya, serta tempat duduk yang ditukar kepada kemasan kulit berwarna hitam. Sensor belakang ditawarkan juga sebagai standard.
Untuk infotainmen pula, Mazda 2 Elegance yang baharu ini didatangkan dengan pemain DVD serta skrin sentuh bersaiz 7-inci, alat kawalan jauh (remote control), sambungan Bluetooth, sambungan iPhone/iPod/USB/AUX dan juga terdapat butang kawalan pada stereng.
Tiada pertukaran dari segi mekanikal, bermakna enjin yang ditawarkan masih sama, enjing 1.5 liter MZR dengan 103PS dan 135Nm untuk tork. Enjin digabungkan dengan transmisi lima kelajuan untuk varian manual manakala 4 kelajuan bagi varian automatik.
Sureetip La-Ongthong Chomthongdee, presiden pemasaran Mazda Sales Thailand (MST) berkata, walaupun persaingan di dalam pasaran automobil sangat sengit, Mazda mengekalkan prestasi jualan yang bagus dan dapat meningkatkan jumlah perkongsian pasaran (market share) dengan memberi tumpuan kepada kekuatan mereka sendiri.
“Mazda sememangnya menumpukan perhatian kepada nilai sesuatu produk mereka, yang mana merupakan antara sebab disebalik keputusan yang dibuat oleh para pembeli. Kami telah membuat kajian terhadap apa yang para pembeli mahukan, dan menambahbaik kenderaan kami,” jelas beliau.
Untuk pasaran di Thailand, model ini boleh didapati dengan harga dari Baht 550,000 bagi model asas dengan transmisi manual kepada Baht 715,000 untuk model premiumnya.