- Back to Home »
- F1 , pitstop »
- Akhirnya Mercedes F1 atasi rekod pitstop Redbull
Posted by : Jobseekers
Jumaat, 25 Oktober 2013
Mercedes telah mengatasi Red Bull sebagai pit crew pasukan F1 terpantas, yang memperbaharui masa terpantas yang dicatatkan untuk pitstop ketika perlumbaan.
Auto Motor und Sport (dari Jerman) melaporkan pasukan F1 yang berpangkalan di Brackley tersebut mencatatkan masa 2.02 saat untuk pitstop tayar ketika perlumbaan F1 di Suzuka. Masa tersebut adalah 0.04 saat lebih pantas dari rekod yang sebelum ini dipegang oleh pasukan Red Bull.
Pengurus Pasukan, Ron Meadows berkata, mereka boleh mencatatkan masa yang lebih pantas dari apa yang dicatatkan di Jepun itu.
“Mekanisma jack adalah sangat perlahan,” jelas beliau. “Jika ianya berfungsi dengan betul, catatan masa mungkin akan menjadi 1.93 saat.”
Meadows berkata, beliau yakin mampu mencatatkan masa yg lebih pantas musim ini. ”Ketika latihan, kami pernah melakukan 1.68 saat,” dedah beliau lagi. Memang dahsyat!!