- Back to Home »
- Malaysian Car Liking , Sports »
- Aston Martin DB9 versi model tahun 2013
Posted by : Jobseekers
Rabu, 26 September 2012
Model ikonik ‘Sports GT’ daripada Aston Martin telah diperkenalkan secara rasmi baru-baru ini – Aston Martin DB9 13MY, model tahun 2013 yang menerima penambahbaikan terkini dari segenap sudut bagi meneruskan legasi terkenalnya sejak tahun 2004.
Aston Martin DB9 13MY ini memperlihatkan pengenalan enjin AM11 V12 6.0 liter generasi terbaru yang mengambil beberapa perkakasan teknologi dari ‘Gen4’ VH yang dibangunkan untuk model super GT serba baru Aston Martin Vanquish, tetapi telah ditala semula agar bersesuaian dengan perwatakan DB9.
Hasilnya peningkatan kuasa yang ketara berbanding unit sebelumnya, dengan hamburan kuasa terkini meningkat kepada 517PS dan tork sebanyak 620Nm. Aston Martin DB9 13MY boleh didapati dalam dua versi reka bentuk, sama ada Coupe atau Volante (convertible).
Aston Martin telah mengumumkan tempahan untuk DB9 13MY kini sudah boleh dibuat di semua pengedarnya di seluruh dunia, dengan unit pertama akan membuat kemunculan di pasaran UK dan Eropah Barat mulai Oktober.

Senarai harga rasmi adalah seperti berikut : £131,995 (UK RRP); €174,994 (German RRP); $185,400 (USA MSRP); dan 21,995,000 JPY (Japan RRP).Malaysian Price sila darabkan 300%.....hahahaha