Posted by : Jobseekers Jumaat, 28 September 2012



Walaupun sudah seringkali digosipkan dengan beberapa lelaki muda, aktres Rozita Che Wan tidak keberatan mengakui dia sebenarnya mencari jejaka kacak, berkemampuan dan tidak banyak kerenah.

Rozita berkata, ciri-ciri itu adalah kriteria utama yang ditekankannya dalam membuat penilaian terhadap mana-mana lelaki muda yang cuba mendekatinya.



“Kalau saya hendak berkawan dengan lelaki muda, biarlah orang itu menepati kriteria yang saya cari.
“Saya suka lelaki yang kacak, tidak banyak kerenah dan matang dalam menangani hubungan, bukannya lelaki yang perlu saya bimbing,” katanya

Justeru itu, kata pelakon siri Miss Octopus, ini jika dia ditipu atau dipermainkan, ia tidak begitu menyakitkan kerana menyedari hakikat dia menjalin hubungan dengan lelaki yang menjadi idaman ramai wanita.
“Kalau ditakdirkan saya dipermainkan oleh golongan itu, ia logik kerana saya sedar hakikat lelaki itu kacak dan berduit, sekali gus dia boleh buat perangai dan diidamkan ramai wanita.

“Apa yang menyakitkan kalau ditipu oleh lelaki biasa yang kekurangan banyak aspek. Sebab itu, saya lebih rela mencari kekasih yang kacak dan berharta,” luahnya.

“Selepas cuti tamat, saya akan kembali dengan komitmen duta produk dan pelbagai penggambaran drama bersiri dan filem,” kongsi pelakon telefilem Raya berjudul Lepas Raya Harap Balas ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -