Posted by : Jobseekers Selasa, 25 September 2012

 Volvo V70 Cross Country adalah antara model terpenting pernah dikeluarkan oleh Volvo Car Corporation (Volvo) apabila ia dilancarkan pada tahun 1997 dahulu. Kini, selepas 15 tahun berlalu, kesinambungannya diteruskan lagi dengan pelancaran Volvo V40 Cross Country serba baru.

Antara versi yang ditawarkan untuk V40 Cross Country ini ialah versi D2 yang didatangkan bersama enjin diesel 1.6 liter dengan kuasa 115hp dan tork 285Nm, termasuk 15Nm ‘over-boost’. Enjin tersebut digandingkan bersama kotak gear manual enam kelajuan dan fungsi stop/start. Emisi CO2 berada pada tahap cukup rendah iaitu hanya 99g/km, sementara penggunaan bahan bakarnya yang cekap mampu memberikan pulangan sehingga 74mpg.

Volvo V40 Cross Country serba baru ini turut dilengkapi enjin lima silinder bersesaran 2.0 liter D4 turbo-diesel untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan tanpa berkompromi dengan tahap kecekapan bahan bakar.
 Enjin sebaik itu menghasilkan kuasa bertenaga setinggi 177hp dan tork 400Nm, dengan pecutan dari 0 – 60 mph dilakukan dalam tempoh hanya 7.9 saat menggunakan kotak gear automatik (8.2 saat dengan kotak gear manual). Tahap penggunaan bahan bakar dan pelepasan emisi CO2 adalah sebanyak 64mpg dan 117g/km bagi versi manual, dan 54mpg (137g/km) untuk versi automatik (EU Combined).

Sebagai tambahan, juga terdapat versi 2.0 liter D3 yang menghasilkan kuasa 150hp dan 350Nm tork. Kedua-dua enjin diesel D4 dan D3 dilengkapi kotak gear automatik enam kelajuan atau kotak gear manual enam kelajuan.

Beralih ke versi petrol lima silinder 2.5 liter T5 yang menampilkan ciri standard ‘All-Wheel-Drive’ yang menjadi peneraju di dalam kelasnya dalam memberikan tahap pemanduan dinamik di semua permukaan jalan raya dan keadaan cuaca, enjin turbo T5 menghasilkan prestasi memberangsangkan pada angka 254hp dan tork 400Nm, termasuk tambahan 40Nm ‘over-boost’ sewaktu pecutan.
 Ia didatangkan bersama transmisi automatik Geartronic enam kelajuan tunggal tanpa pilihan kotak gear manual, dan memecut dari 0 – 60 mph dalam tempoh hanya 6.0 saat, dengan tahap ekonomi pada catatan 34mpg (EU Combined).

Juga terdapat versi petrol T4 dengan enjin 1.6 liter GTDi yang menghasilkan kuasa 180hp dan tork maksimum 270Nm, termasuk 30Nm ‘over-boost’. Versi T4 tersedia pilihan transmisi automatik enam kelajuan Powershift atau kotak gear manual enam kelajuan. Tahap kecekapan bahan bakar ialah 51mpg, dengan pulangan emisi CO2 serendah 129g/km.

Untuk model V40 Cross Country serba baru yang padat dengan pelbagai ciri dan teknologi canggih ini, Volvo memberi fokus jualannya kepada pasaran Eropah yang merangkumi sasaran kira-kira 50 peratus, dan pasaran China sekitar 30 peratus. Volvo menetapkan sasaran untuk menjual sebanyak 17,000 unit setiap tahun, dengan jualan di pasaran UK di antara 1,200 – 1,500 unit dalam tahun penuh pertama.
Volvo V40 Cross Country akan dikeluarkan bersama-sama model standard dan R-Design di kilang Volvo di Ghent, Belgium. Harga rasmi akan diumumkan kemudian dan tempahan akan dibuka mulai awal Oktober, dengan jadual pengeluaran bermula dalam bulan November. Penghantaran pertama kepada pelanggan dijangka bermula pada awal Januari 2012.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -