- Back to Home »
- Malaysian Car Liking »
- Kia Carens generasi terbaru dipamerkan di Paris Motor Show 2012
Posted by : Jobseekers
Khamis, 20 September 2012
Kia hari ini telah mendedahkan imej-imej menarik yang memaparkan reka bentuk sebenar generasi terbaru Kia Carens menjelang pertunjukan rasminya di Paris Motor Show 2012.
Kia Carens yang kini sudah sampai ke generasi yang ketiga dibangunkan di atas platform serba baru sepenuhnya, yang membawakan ciri-ciri praktikal, rekaan bergaya dan aerodinamik, serta mempunyai jarak roda yang panjang dengan kemampuan menawarkan tempat duduk untuk tujuh orang penumpang.
Disasarkan sebagai pilihan ideal untuk keluarga moden, Kia percaya model terbaru Carens ini akan memenuhi setiap keperluan pelanggannya di seluruh dunia, terutamanya bagi mereka yang enggan berkompromi di antara gaya dan sifat praktikal.