Posted by : Jobseekers Sabtu, 1 September 2012



Pasaran dinamik Thailand kini telah menerima kemasukan model global terbaru Nissan Sylphy yang baru saja dilancarkan hari ini. Nissan Sylphy terbaru pada mulanya dilancarkan di pasaran terbesar dunia China, sebelum Thailand menjadi destinasi pelancaran seterusnya.



Pasaran Malaysia juga dijangka akan menerima kemasukan model tersebut tidak lama lagi, namun pengedarnya Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn. Bhd. masih belum memberikan sebarang petunjuk. Jangkaan saya, Nissan Sylphy terbaru dijangka akan tiba paling awal selepas suku pertama 2013.


Untuk pasaran Thailand seperti mana maklumat yang tertera di dalam laman web Nissan Thailand, empat varian ditawarkan iaitu 1.6 E CVT, 1.6 V CVT, 1.8 V CVT dan 1.8 V NAVI CVT. Harga yang ditawarkan bermula dari 746,000 THB (RM74,407.50) untuk varian asas dan meningkat sehingga 931,000 THB (RM92,859.76) untuk varian tertinggi.

p/s : Pesaing baru kepada model Honda Civic, Hyundai Elantra, Chevrolet Cruze, Toyota Corolla Altis, Ford Focus, Kia Forte, dan mungkin juga Proton Preve.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -