Posted by : Jobseekers Khamis, 20 September 2012


Bertempat di Hanover Motor Show 2012 yang berlangsung dalam bulan ini, Citroen telah memperkenalkan sebuah model komersial terbaru yang digerakkan oleh tenaga eletrik – Citroen Electric Berlingo.

Electric Berlingo dibangunkan berdasarkan pengalaman sedekad Citroen bersama teknologi kenderaan eletrik, termasuk generasi pertama van Berlingo Electrique yang dijual di pasaran UK sehingga November 2005.


Menggunakan bateri berkapasiti 22.5kWh, Electric Berlingo mampu bergerak sejauh 170 km. Ia boleh dicas menggunakan dua langkah, sama ada menggunakan mod pengecasan biasa yang akan mengambil masa di antara 6 dan 12 jam, atau menggunakan mod ‘quick-charge’ yang mampu menjana tenaga sehingga 80 peratus daripada kapasiti penuhnya dalam tempoh hanya 30 minit.

Motor Electric Berlingo dibangunkan dengan kerjasama Mitsubishi Motors Corporation dan ia mempunyai keluaran kuasa maksimum 49kW (67hp) dengan tork maksimum 200Nm. Kuasanya disalurkan ke bahagian roda depan menggunakan kotak gear bernisbah tunggal.




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -