Posted by : Jobseekers Rabu, 26 September 2012

 Saya percaya blog permotoran tempatan Paultan.org mendapat manfaat yang besar dari segi jumlah trafik blog apabila Honda tanpa disangka-sangka telah mempamerkan versi ‘facelift’ terbaru CR-Z 2013 yang dinanti-nantikan di ‘Indonesia International Motor Show (IIMS) 2012′ yang ketika ini masih berlangsung.

Menurut laman blog automotif antarabangsa popular antaranya seperti Autoblog.com dan Insideline.com, kebanyakan media luar negara telah meminjam maklumat dan gambar rasmi CR-Z 2013 dari blog Paultan.org yang telah membuat liputan khas di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.
 Untuk makluman, pada mulanya Honda telah mengumumkan bahawa versi terbaru CR-Z 2013 akan dipamerkan secara eksklusif di Paris Motor Show 2012, namun telah membuat kejutan apabila model berkenaan muncul secara rasmi di IIMS 2012 tanpa sebarang petunjuk awal. Mungkin Honda mempunyai alasan dan sebabnya yang tersendiri.

Buat masa sekarang kita hanya boleh melihat imej-imej menarik yang menunjukkan bahagian luaran CR-Z 2013 berwarna ‘Premium Energetic Yellow Pearl’ ini, kerana tiada imej di bahagian interior yang berjaya dirakamkan kerana model yang dipamerkan itu dikunci.

CR-Z 2013 masih menggunakan enjin petrol i-VTEC 1.5 liter dengan teknologi hibrid Integrated Motor Assist Honda, dengan kuasa yang dihasilkan keseluruhannya sebanyak 136PS dan 190Nm untuk versi manual 6-kelajuan, dan 135PS dan 172Nm untuk versi CVT. Sebagai perbandingan, model semasa CR-Z mempunyai kuasa 124PS dan 174Nm.

Antara perubahan luaran yang dilakukan untuk CR-Z versi 2013 ini melibatkan kehadiran bampar dan jeriji depan yang direka semula dengan penampilan baru yang lebih segar, lampu kabus baru, dan rim aloi yang disemak semula rekaannya. Juga terdapat butang fungsi baru ‘S+’ dan lampu depan dengan ciri LED nyala siang hari.

TQ to: Paultan n Arena kereta

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -