- Back to Home »
- Malaysian Car Liking »
- McLaren Automotive dedah maklumat awal supercar generasi terbaru di Paris Motor Show 2012 – McLaren P1
McLaren Automotive dedah maklumat awal supercar generasi terbaru di Paris Motor Show 2012 – McLaren P1
Posted by : Jobseekers
Khamis, 20 September 2012
Paris Motor Show 2012 yang akan berlangsung dalam tempoh kurang dua minggu dari sekarang bakal menyaksikan kemunculan sebuah lagi supercar terbaru berprestasi tinggi dan canggih – McLaren P1.
Masih lagi merupakan sebuah model pada peringkat ‘study’, penampilan pertama McLaren P1 di pentas antarabangsa di Paris kali ini dijangka akan memukau pandangan setiap pengunjung dengan reka bentuknya yang unik dan luar biasa.
Berdasarkan maklumat awal yang didedahkan, versi pengeluaran sebenar McLaren P1 akan diperkenalkan secara rasmi pada tahun depan, yang mana jualannya dijangka akan bermula dalam tempoh 12 bulan selepas itu.
Menurut McLaren Automotive, apabila P1 masuk ke peringkat pengeluaran pada hujung tahun depan, ia akan berada pada kedudukan teratas selepas model 12C dan 12C Spider, berdasarkan harga dan prestasinya.