Posted by : Jobseekers Sabtu, 28 Julai 2012




KUALA LUMPUR – Kerajaan mempelawa semua syarikat yang berkelayakan termasuk anak syarikat kerajaan negeri Selangor sendiri untuk menyertai tender membina Loji Rawatan Air Langat 2 yang akan dibuat secara terbuka.
Ia sekaligus menafikan kenyataan yang dibuat pembangkang baru-baru ini kononnya loji itu bertujuan memastikan kroni UMNO-BN mendapat kontrak pembiayaan sekiranya usaha berkenaan diluluskan.
Dalam kenyataannya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) berkata, kerajaan sangat mengutamakan bekalan air yang berterusan dan mencukupi untuk dinikmati oleh rakyat dan pengguna di seluruh negara sekali gus mengelakkan situasi tersepit dan ‘sudah terhantuk baru tengadah’.
Tambah KTTHA, menyedari hakikat ini, langkah proaktif jangka panjang kerajaan Persekutuan bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi dan berterusan untuk keperluan domestik dan industri di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah dengan menyegerakan pelakasanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang Ke Selangor.
Pelaksanaan skim ini, katanya, adalah komitmen berterusan kerajaan Persekutuan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat di Selangor.
Menurut kenyataan itu lagi, antara perkara yang terkandung dalam skim tersebut termasuklah projek Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (PRAL 2).
” Kerajaan mengalu-alukan anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk menyertai tender pembinaan projek tersebut apabila diiklankan kelak,” katanya.
Mengenai dakwaan kononnya PRAL 2 tidak perlu dibina memandangkan tiada catuan air sehingga kini, KTTHA menegaskan, ketiadaan keperluan untuk mencatu air pada masa sekarang tidak bermakna bahawa tiada masalah air pada masa akan datang.
Menurut KTTHA, PRAL 2 dirancang untuk dibina bagi memenuhi keperluan bekalan air pada tahun 2014 kerana bekalan air dijangka tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada waktu itu.
Malah, katanya, Suruhanajaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengunjurkan bahawa bekalan air yang dapat dikeluarkan oleh 34 loji rawatan di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, KTTHA berkata, berdasarkan maklumat SPAN, 34 buah loji rawatan air di Selangor direka bentuk untuk menghasilkan 4,581 juta liter sehari (JLH).
Bagaimanapun, kata KTTHA, kengkangan dalam sistem pengeluaran beberapa loji dan sistem pengagihan pada ketika ini membuatkan kapasiti air yang boleh diagihkan kepada pengguna cuma terhad kepada 4,371 JLH saja.
” Penggunaan fakta yang salah dalam membuat perancangan bekalan air akan menyebakan para pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan,” tegas KTTHA.
Dalam perkembangan yang sama, kerajaan Persekutuan melalui kementerian ini juga menggesa kerajaan Selangor untuk memberikan kerjasama serta komitmen dan bukannya sebagai penghalang utama dalam pelaksanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor dan juga proses memuktamadkan penstrukturan semula pengurusan bekalan air demi kepentingan rakyat di negeri tersebut.
Ujar KTTHA, penstrukturan semula yang diterajui oleh kerajaan melalui kementerian ini turut melibatkan empat syarikat operator air di mana kerajaan Selangor mempunyai kepentingan dalam tiga daripadanya melalui pemilikan ekuiti yang strategik.
” Sebagai pemegang ekuiti, sewajarnya Kerajaan Negeri Selangor memainkan peranan penting untuk menyegerakan proses pemuktamadan penstrukturan semula ini dan bukannya berdolak dalik dan berselindung di sebalik pegangan ekuiti tersebut dengan pelbagai permintaan yang tidak memihak kepada kepentingan pengguna air di negeri Selangor,” tegas KTTHA – jangzintthereds.blogspot.com
 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -