Ford Malaysia telah melancarkan semula varian hatchback kompak popularnya, Ford Fiesta LX 1.4L Manual yang kini didatangkan bersama 7 beg udara keselamatan. Menariknya, perubahan dari segi harga untuk model tersebut masih lagi minima pada kadar RM111.00 sahaja, kepada harga baru RM69,999.00 berbanding harga asal RM69,888.00, memang berbaloi.