Posted by : Jobseekers Selasa, 24 Julai 2012


Lama ku peratikan...err takde la lama sangat. Sebenornye sejak launching Myvi SE 1.5 dan Myvi Exterme 1.5 tempoh hari jer. Ada sesuatu yang menjadi persoalan tentang ketiga-tiga variant Myvi 2011 ni. Mula-mula kita susunkan dulu gambar variant Myvi nih. Cer korang tengok dulu. Yang atas Myvi 2011 1.3L, kendian Myvi SE 1.5L, last skali Myvi Extreme 1.5L.







Okay kawan-kawan. Aku nak fokus kat Rear Bumper Myvi 2011. Aku ada perasan yang bumper baru Myvi ada satu opening kecil dibawah rear reflectornya. Bila dibaca review di blog-blog automotif, design itu memang sengaja dibuat sebagai penambahbaikan kepada model Myvi sebelumnya (yang tak best macam lagi best). Honestly aku kagum sebab Engineer Perodua actually ada consider benda-benda kecil camtu tapi memberi impak pada model baru ni. No wonder review mengatakan handling Myvi 2011 lebih baik daripada yang sebelumnya. Oh korang tak paham apa aku tulis eh? Cer tengok gambar lepas ni. Aku dah highlight area tersebut



Air Vents tu menurut En Paul Tan, adalah untuk mengurangkan tekanan yang terhasil di rear bumper model lama Myvi. Dengan adanya air vent tu, ia secara tidak lansung dapat mengurangkan flapping dan improve handling kereta. Yelah, bumper sebelum ni memang kosong gitu je kan?



Now, kita tengok bumper baru untuk Myvi SE dan Myvi Extreme. Yang kat bawah ni aku fokuskan Myvi SE dulu. Basicly both are the same, cuma Myvi Extreme ada additional rear bumper skirting. Ok, kat sini aku nak bersoal. Harap-harap ada jurutera automotif, atau lebih baik lagi kalau ada jurutera Perodua dapat explain.

Soalan : Kenapa air vent takde pada model SE dan Extreme? Adakah kewujudan rear diffuser tu sudah meet the purpose dan air vent tak diperlukan? Atau design bumper SE & Extreme tak memerlukan air vent? Aku cuma nak tau tu jer. Harap ada yang boleh explain supaya senang aku nak explain kat orang lain. Thanks!


Tiada air vent pada model SE

p/s : ada 3 jenis spoiler berlainan pada Myvi Elegance, Myvi SE dan Myvi Extreme. Personally aku suka spoiler Myvi SE, spoiler pada Extreme terlalu over sket, and kemungkinan besar sekadar untuk tujuan kosmetik je kut. Even iklan di radio pun macam perli produk sendiri je..."Myvi Extreme 1.5L, boleh terbang ke bulan!"







Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -