- Back to Home »
- Malaysian Car Liking »
- Mercedes-Benz CLS Shooting Brake terbaru tampil anggun
Posted by : Jobseekers
Rabu, 25 Julai 2012
Mercedes-Benz sekali lagi mempamerkan kreativiti rekaan mereka dengan memperkenalkan generasi terbaru CLS yang anggun, sebuah coupe lima pintu dengan rekaan bumbung yang bersambung ke bahagian belakang, dikenali dengan nama CLS Shooting Brake. Model CLS pertama diperkenalkan pada tahun 2004 dengan rekaan coupe empat pintu.
Mercedes-Benz CLS Shooting Brake mempunyai ukuran panjang x lebar x tinggi seperti berikut : 4,956mm x 1,881mm x 1,413mm. Ruang bagasinya tersedia dalam keluasan antara 590 dan 1,550 liter, yang mana ianya mudah digunakan dengan adanya pintu bukaan belakang automatik yang dibekalkan standard.
Dua jenis enjin berbeza boleh didapati untuk CLS Shooting Brake, termasuk dengan persamaan ciri-ciri seperti transmisi automatik 7G-TRONIC PLUS serta fungsi moden ECO start/stop. Model permulaan dilengkapi enjin CLS250 CDI BlueEFFICIENCY yang menghasilkan kuasa 204 hp dan 500Nm, sementara model kedua dilengkapi enjin enam silinder CLS350 CDI BlueEFFICIENCY dengan kuasa 265 hp dan 620Nm.
Untuk pasaran UK, harga dan spesifikasi CLS Shooting Brake akan diumumkan kemudian menjelang pelancarannya pada November, 2012.