- Back to Home »
- Malaysian Car Liking »
- Mercedes-Benz Malaysia lancar B-Class terbaru
Posted by : Jobseekers
Jumaat, 27 Julai 2012
Mercedes-Benz Malaysia baru saja melancarkan model kompak B-Class terbaru di pasaran tempatan, di mana model tersebut merupakan generasi kedua yang kini hadir dengan rekaan berkelas tinggi dan dipadankan pelbagai teknologi termaju. B-Class terbaru tampil lebih lincah dan efisien, namun kekal selesa dan mempunyai ruang lebih luas berbanding generasi sebelumnya.
B-Class terbaru dijana enjin petrol empat silinder yang dibangunkan baru sepenuhnya lengkap dengan sistem pengecas turbo dan suntikan terus, seterusnya digandingkan bersama transmisi automatik dual klac DCT 7-kelajuan. Enjin B 200 BlueEFFICIENCY yang digunakan berkapasiti 1.6 liter dengan kemampuan menghasilkan kuasa setinggi 156hp dan tork 250Nm. Menurut Mercedes, enjin tersebut menghasilkan tahap kecekapan penggunaan bahan api maksimum dengan pengeluaran emisi yang rendah.Merupakan yang pertama bagi segmen kereta kompak, B-Class terbaru menampilkan sistem amaran perlanggaran berasaskan radar (COLLISION PREVENTION ASSIST) dengan ‘Brake Assist’ adaptif sebagai ciri standardnya bagi mengurangkan risiko berlakunya perlanggaran belakang. Untuk pasaran Malaysia, Mercedes-Benz B-Class terbaru ditawarkan pada harga RM 220,888.00.