- Back to Home »
- Malaysian Car Liking »
- Model serba baru Mazda6 buat kemunculan pertama di Moscow 2012
Posted by : Jobseekers
Khamis, 26 Julai 2012
Mazda telah mengumumkan model ‘flagship’ serba baru Mazda6 akan membuat kemunculan pertama di Moscow Motor Show 2012 pada 29 Ogos akan datang. Mazda6 serba baru merupakan model kedua dalam generasi terbaru Mazda yang menggunakan sepenuhnya teknologi SKYACTIV dan bahasa rekaan KODO ‘Soul of Motion’ , selepas model SUV Mazda CX-5.
Mazda6 serba baru turut akan menjadi model pertama yang akan dilengkapi teknologi terkini ‘brake energy regeneration’ yang lebih dikenali dengan nama i-ELOOP. Model yang akan dipamerkan di Moscow hadir dengan spesifikasi untuk pasaran Russia, di mana ia menggunakan enjin petrol ‘direct-injection’ SKYACTIV-G 2.0 liter dan transmisi automatik SKYACTIV-Drive 6-kelajuan.