Posted by : Jobseekers Selasa, 31 Julai 2012




Azerbaijan Buat Solat Jumaat Pada Hari Sabtu ? Sesuatu yang pelik berlaku di Republik Azerbaijan apabila Jawatankuasa Agama di negara tersebut memerintahkan seluruh khatib mengadakan solat jumaat pada hari Sabtu.

Arahan itu telah dikeluarkan pada 30 jun yang lepas. Mereka mendakwa alasan perubahan itu adalah kerana kesibukan waktu bekerja pada hari jumaat, di mana pada hari jumaat merupakan hari rasmi kerja negara tersebut.

Mereka juga berharap pemindahan tersebut dapat mengurangkan beban pegawai dan pekerja pemerintah.

Menanggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebagai sebuah sentimen politik semata-mata.

“Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati,” ujarnya.

Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana mencapai 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.

Kedekatan regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -