- Back to Home »
- Malaysian Car Liking »
- Gambaran model terbaru Kia Forte 2013
Posted by : Jobseekers
Rabu, 25 Julai 2012
Kia Motors telah mendedahkan dua keping lakaran generasi terbaru Kia Forte yang bakal masuk ke pasaran dunia pada suku pertama 2013. Turut dikenali dengan nama Kia Cerato di beberapa negara, generasi terbaru Kia Forte ini terlebih dahulu akan diperkenalkan di pasaran domestik Korea pada hujung tahun ini menggunakan nama baru - ‘K3’.
Kia Forte merupakan model global terlaris Kia pada 2011 dengan jumlah jualan lebih daripada 445,000 unit. Menurut Kia Motors, Forte 2013 akan diperkenalkan dalam bentuk sedan terlebih dahulu, yang kemudiannya diikuti dengan varian hatchback lima pintu dan coupe dua pintu. Melihat kepada lakaran di atas, Kia Forte 2013 dijangka tampil dengan rekaan lebih futuristik dan dinamik, dengan ruang kabin lebih luas.
p/s : Saya percaya Kia Forte 2013 akan menjadi antara model sedan terbaru yang paling ditunggu-tunggu di negara kita selepas ini.