Posted by : Jobseekers Ahad, 29 Julai 2012




Toyota Motor Corporation (TMC) telah mengumumkan jumlah jualan kenderaan keseluruhan yang terkumpul pada bulan Jun 2012 di seluruh dunia telah melepasi angka 200 juta unit. Kejayaan tersebut dicapai dalam tempoh 76 tahun dan 11 bulan, bermula dengan pengeluaran trak Model G1 dalam bulan Ogos 1935 di Toyoda Automatic Loom Works, Ltd.’s Automotive Department. Sehingga berakhir Jun, pengeluaran terkumpul di pasaran Jepun sebanyak 145.21 juta unit kenderaan dan jualan di pasaran seberang laut berjumlah 55.12 juta unit kenderaan.

Meraikan pencapaian tersebut, Presiden TMC Akio Toyoda berkata : ”I wish to express my heartfelt appreciation to our customers the world over who made it possible for us to reach this milestone. I also have the most profound respect and gratitude for the efforts of all persons who were involved in developing, manufacturing, and marketing Toyota and Lexus vehicles over the years. We are determined to make our cars even better, to continue to give our customers the best possible product. This is the common goal of our 300,000 Toyota staff members worldwide.”


(Klik untuk besarkan)

Model paling banyak dikeluarkan oleh Toyota di kalangan pelbagai jenama kenderaannya ialah ‘Corolla’, di mana generasi ke-11 telah dilancarkan di pasaran Jepun pada 11 Mei 2012. Jumlah jualan terkumpul Corolla sehingga berakhir bulan Jun ialah sebanyak 39.08 juta unit di seluruh dunia.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -