Posted by : Jobseekers Rabu, 25 Julai 2012




Tengah malam semalam dunia laman internet, Twitter menjadi kecoh seketika!

Kecoh di sebabkan sekeping gambar seorang pelakon lelaki yang juga Presiden Seniman, Zed Zaidi yang sedang berlumuran darah tersebar meluas.

Dia dikatakan telah terlibat dalam kemalangan.

Keadaannya dilihat parah hingga ada beberapa orang penyelamat sedang memapah dirinya keluar dari kereta.

Cerita kemalangan Zed Zaidi itu ‘berjaya’ ‘trending’ dalam hanya masa kurang dari 1 jam!

Namun, tak lama selepas itu, beberapa rakan artis tampil menjelaskan Zed Zaidi berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kemalangan.

Malah, di saat cerita dia dikatakan sedang bertarung nyawa, Zed Zaidi sebenarnya sedang menjalani sesi pengambaran di satu lokasi.

Jadi, kebenarannya, Zed Zaidi langsung tidak terlibat dalam kemalangan seperti cerita dalam Twitter yang tersebar meluas yang pada hakikatnya, dia hanya melakonkan watak ditimpa kemalangan.

Isu pokoknya sekarang, siapakah individu yang bertanggungjawab menyebarkan cerita palsu ini?

Dalam cerita yang Mynewshub.my paparkan sebelum ini, cerita yang mengatakan Zed Zaidi ditimpa kemalangan tersebar disebabkan oleh seorang peminat yang sedang berada di lokasi pengambaran dan dia menangkap gambar Zed Zaidi ketika itu.

Lalu, gambar itu telah disebarkan.

Tetapi, persoalannya sekarang, tidakkah peminat itu tahu yang Zed Zaidi sedang menjalani pengambaran? Tak masuk akal bukan? Tak nampakkah kamera ‘shooting’ dan krew-krew pengambaran di lakoasi?

Menurut pemerhatian penulis di Twitter, sewaktu cerita itu tersebar dalam jam lebih kurang 2.00 pagi, individu pertama yang menyebarkan gambar itu adalah seorang pelakon dan pelawak lelaki, Mamat Sepah.

Kemudian, Tweet Mamat Sepah itu di’retweet’ pula oleh seorang pelakon wanita, Azza Elite.

Dan ikuti pula oleh pelakon dan pengarah wanita lain, Isma AF7.

Namun, mungkin Azza dan Isma terfikirkan kebenaran cerita tersebut, mereka berdua telah menyiasat sendiri isu kemalangan Zed Zaidi.

Akhirnya, mereka berdua menjelaskan di laman Twitter sambil berbalas Tweet yang cerita itu hanyalah ‘propa’ semata-mata yang dibawa oleh si pembawa cerita yang kuat ‘berpropa’, kata Azza.

Jelaslah dalam setiap Tweet Azza dan Isma, mereka berasa marah dengan cerita ‘propa’ yang dibawa oleh si kaki ‘propa’.

Kalau dilihat kepada ayat si kaki ‘propa’ yang dikeluarkan Azza, ia jelas menunjukkan kepada Mamat Sepah.

Selepas kebenaran terbukti, Mamat Sepah tidak ada mengeluarkan langsung kenyataan itu adalah ‘propa’ sahaja di laman Twitternya.

Sebaliknya, dia rancak berbalas Tweet dengan seorang penyanyi Rock lelaki, Amy Search.

Jadi, benarkah Mamat Sepah yang menyebarkan cerita kemalangan Zed Zaidi?

Mynewshub.my cuba untuk mendapatkan maklum balas dari Azza dan Mamat Sepah sendiri mengenai isu tersebut, namun, panggilan tidak dijawab.

Kalau dari apa yang diperkatakan oleh Azza dan Isma tentang ‘kegemaran’ orang ramai menggunakan Twitter sebagai medium menceritakan perkara yang tidak benar adalah salah sememangnya ada betulnya.

Malah, isu yang sensitif seperti kemalangan, sakit atau sudah meninggal dunia tidak elok diolok-olokkan.

Beberapa bulan yang lepas sahaja, beberapa orang artis lain juga turut menerima kisah yang sama seperti Zed Zaidi.

Dah nampak macam jadi ‘badi Twitter’ pun ada!

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -