- Back to Home »
- Local Malaysia »
- Ainul Aishah ditegur kerana seksi pada bulan puasa
Posted by : Jobseekers
Jumaat, 17 Ogos 2012
Satu gambar telah diupload melalui Instagram Ainul Aishah dan seorang peminatnya menegur agar dia memakai baju lengan panjang, tidak manis memakai sleeveless kerana ini bulan puasa.
Malangnya, tegurannya itu telah disalah ertikan oleh Ainul Aishah. Pelakon itu juga mendakwa Instagramnya adalah tempat untuk fun fun dan tidak boleh tunjuk baik. Kata Ainul, jika mahu menegurnya, tegurlah di tempat lain seperti blog.
Bagi kami, rasanya teguran peminatnya itu tak langsung bermaksud menghina. Dan kerana Ainul Aisyah sendiri dah bagi keizinan untuk menegurnya di blog, maka kami tunaikanlah hasratnya dengan berkongsi kisah ini, supaya ramai lagi yang membaca dan ramai lagi yang berkongsi di blog. hamek ko!
Bagi kami tindakan peminatanya menegur itu adalah tidak salah sama sekali, langsung tiada kata-kata kesat atau cacian disitu, semuanya ayat-ayat sopan belaka, hanya yang makan cili akan terasa pedasnya. kenapa perlu nak sentap kan kalau rasa tak buat salah?
p/s: Adat Manusia memang begitu, hanya suka pada kata-kata pujian