Posted by : Jobseekers Sabtu, 11 Ogos 2012


Honda Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkan varian baharu Honda Jazz S di pasaran tempatan baru-baru ini. Diimport secara CBU (Completely Build-Up) dari Thailand, Jazz S meneruskan legasi konsep “Man Maximum, Machine Minimum”, di mana ia menawarkan ruang yang luas untuk penumpang di samping meminimakan ruang dari segi aspek mekanikal.

Honda Jazz S didatangkan dengan rim aloi 15 inci bersama-sama bampar depan dan belakang dinamik, dengan kehadiran jeriji depan berwarna hitam bergaya dan lampu kabus untuk penglihatan lebih sempurna dalam keadaan cuaca yang kurang memuaskan. Bahagian belakangnya menampilkan lampu belakang dengan reka bentuk tiga lapisan, di samping kelengkapan ‘mudguard’ belakang untuk perlindungan tambahan.

Honda Jazz S dikuasakan enjin 1.5L i-VTEC, digandingkan bersama transmisi automatik 5-kelajuan yang menjadi tanda niaga terkenal Honda selama ini. Enjin sebaik itu dilengkapi teknologi Drive-By-Wire bagi mengawal transmisi dan enjin untuk pertukaran gear lebih lancar, seterusnya memberikan tahap pecutan dan prestasi pemanduan yang boleh diharapkan, termasuk kecekapan penggunaan bahan api.


Bahagian dalaman Honda Jazz S dengan tempat duduk yang digelar Honda sebagai ‘Ultra Seat’ dan ruang bonet yang luas menawarkan praktikaliti antara yang terbaik di dalam kelasnya. ‘Ultra Seat’ yang kini didatangkan dengan warna ‘blue-black’, boleh dilipat dan diselaraskan dengan mudah dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan yang pelbagai. Tambahan pula, kedudukan tangki bahan api tengah yang unik di bawah tempat duduk belakang telah mewujudkan ruang kaki yang lebih luas untuk penumpang depan dan belakang.

Tidak melupakan ciri-ciri keselamatan yang penting, Honda Jazz S didatangkan dengan teknologi G-CON (G-force Control Technology) yang membantu menyuraikan impak kemalangan. Ia turut dilengkapi ciri bantuan kestabilan kenderaan seperti VSA (Vehicle Stability Assist), ABS (Anti-lock Braking System), EBD (Electrical Brakeforce Distribution) dan BA (Brake Assist), di samping dwi beg udara SRS dan tali pinggang keselamatan ELR (Emergency Locking Rectractor) tiga mata.

Honda Jazz S boleh didapati dalam tiga warna menarik iaitu ‘Brilliant White Pearl’, ‘Polished Metal Metallic’ dan ‘Crystal Black Pearl’. Sudah berada di setiap bilik pameran Honda di seluruh negara, Honda Malaysia meletakkan sasaran jualan sejumlah 210 unit sehingga akhir tahun ini. Model praktikal, bergaya dan kompak ini ditawarkan pada harga berpatutan RM99,800.00.











Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -