Posted by : Jobseekers Selasa, 14 Ogos 2012



Chandra Wisnu, 57, mungkin satu-satunya lelaki di dunia ini yang menghidap penyakit kulit yang jarang berlaku apabila tubuhnya ditumbuhi dengan benjolan besar seperti buih. Bapa empat anak dari Indonesia itu jarang sekali meninggalkan kediamannya dan apabila dia berbuat demikian, dia terpaksa menutup mukanya dan memakai cermin mata hitam kerana bimbang diejek atau menakutkan orang lain. Jangkitan ketumbuhan mula tumbuh di wajah Chandra ketika dia berusia 19 tahun.

Apabila meningkat usia 24 tahun, jangkitan itu sudah merebak ke belakang badannya dan ketika dia berusia 32 tahun, ia sudah menutupi seluruh tubuhnya. Pada peringkat awal jangkitan, ibu bapa Chandra membawanya berjumpa beberapa doktor dan pakar sakit kulit yang bingung dengan keadaan penyakitnya yang teruk itu. Dia diberitahu keadaan itu berpunca daripada pengaruh genetik dan mungkin disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal hingga membawa kepada tumor yang tidak berbahaya pada kulit atau tulang.

Dia diberikan pelbagai jenis krim tetapi tidak dapat menghentikan penyakit itu daripada terus merebak. Berikutan gagal mendapatkan penawar dan tidak mampu lagi menanggung rawatan perubatan, Chandra terpaksa hidup dengan keadaan yang aneh. Dia berkata: Tidak ada rawatan khusus untuk penyakit saya. Saya hanya diberitahu supaya berjumpa dengan pakar kulit seorang demi seorang kerana mereka tidak tahu cara untuk merawat saya.

“Selepas itu, bapa tidak lagi percaya untuk membawa saya ke hospital dan sejak itu, saya tidak pernah lagi berjumpa doktor.

“Penyakit ini memberi kesan besar dalam hidup saya, benjolan ini sangat sakit dan gatal ketika cuaca panas. “Orang lain takut, mereka takut dengan wajah saya yang buruk ini dan bimbang mereka akan terkena jangkitan penyakit ini.

“Jadi, saya mengelak daripada orang ramai. Saya jarang sekali keluar rumah kecuali untuk menjemput anak perempuan saya, Hasunns dari sekolah. Dan bila saya berbuat demikian, saya menutup kepala dan wajah saya kerana saya tidak mahu anak perempuan saya dibuli rakannya kerana mempunyai bapa yang berwajah buruk,” katanya.

Chandra kini memutuskan untuk mendedahkan wajahnya kepada dunia dalam usaha mendapatkan rawatan pemulihan untuk penyakitnya selepas mendapat tahu anak lelaki sulungnya, Martin Ananda, 32 dan anak perempuannya, Lis Chandra, 26 juga mula menghidap penyakit yang sama.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -