Posted by : Jobseekers Selasa, 14 Ogos 2012




Semua sedia maklum pelakon Memey Suhaiza dan Abby Abadi telah pun berdamai pada pertengahan ramadan lalu apabila masing-masing mahu menamatkan persengketaan yang telah tercetus selama ini.
Malah Memey akui bersyukur kerana apa yang diharapkan sejak 4 tahun lalu bersama suaminya, Norman Hakim akhirnya menjadi kenyataan dan secara tidak langsung ia membuatkan kesemua urusan berkaitan dengan anak-anak tirinya menjadi semakin mudah.

“Alhamdulilah, harapan saya untuk berbaik dan bermesra dengan kak Abby selama ini telah menjadi kenyataan kerana sebelum ini kami tidak banyak berkomunikasi dan lebih banyak mendiamkan diri serta sibuk menguruskan hal masing-masing.

“Kini, saya rasa sangat gembira kerana lepas mempunyai hubungan yang baik dengan kak Abby, urusan anak-anak menjadi lebih mudah kerana kami kini bersikap lebih bertoleransi untuk menjaga anak bersama-sama dalam satu masa.

“Bila sudah berbaik macam ini, kami lebih banyak meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga abang Norman yang besar dan anak-anak akui seronok melihat kemesraan kami bersama.
“Abang Norman juga adalah orang yang paling gembira kerana peranan yang dimainkan selama ini untuk melihat kami berdamai telah berjaya ,” katanya.

Insiden berdamai itu terjadi selepas Memey dan Norman ke rumah Abby untuk mengambil anak-anaknya. Abby Abadi dikatakan terlebih dahulu menarik tangan Memey dan mereka berpelukan sambil menitiskan air mata.

Mereka kemudian berbuka puasa bersama-sama di rumah Abby apabila Norman telah menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepadanya meminta kebenaran untuk berbuka puasa di rumah Abby dan dia tidak mempunyai masalah tentang hal itu.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Abby, Memey memberitahu dia sangat kagum dengan penghijrahan yang dilakukan oleh bekas isteri kepada suaminya itu dan akui bakal mengikut jejak langkah Abby.

“Saya sentiasa mendoakan yang terbaik terhadap hubungan kami dan saya juga berharap agar orang ramai terus mendoakan kebahagian saya, abang Norman, kak Abby dan anak-anak.

“Malah saya suka melihat perubahan kepada diri kak Abby yang kini sudah berhijab dan mula berhijrah ke jalan yang lebih baik. Saya turut berharap agar suatu hari nanti saya akan menjadi sepertinya berhijrah dan berhijab,” luahnya yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai bidang politik yang diceburi Abby.

Memey yang sedang berehat daripada berlakon disebabkan mengalami alahan hamil yang teruk bakal berada di rumah mertua di Kuantan, Pahang pada hari raya pertama.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -